Sunday, September 21, 2014

Penang (Part 2)

Assalamualaikum and hi again!

So this is a continuation from the first part of my journey jet jet macam pergi obersi je post kemain banyak lagi sirinya haha. Kalau tak baca lagi yang first tu, bolehlah klik sini.

Okay sekarang sambung hari kedua kat Penang pulak. Mulanya nak gerak keluar pukul 8 pagi tapi biasalah poyo je lebih. Keluar pukul 8.30 camtu kot tapi okaylah jugak. Breakfast roti canai Transfer Road atau nama Melayunya, Jalan Transfer haha. Ni kat Georgetown je, dekatlah dengan hotel. Ni haa pagi-pagi lagi dah gelak. Dah kalau yang famous roti canai, mestilah makan roti canai kan. Kami pun order,

"Nak makan apa adik?"
"Roti canai biasa empat."
"Kuah sekali ke asing? Ayam ke daging? Nak berapa?"
"Asing. Empat. Semua ayam."
...



Tudia ayam seorang seketul besaq ya Rabbi. Masa uncle tu hantar roti canai dan kuah kari yang pinggannya sama besar, penuh meja. Yang kelakarnya muka masing-masing... SPEECHLESS! HAHAHAHA. Tak hilang lagi muak makan ayam besaq nasi kandar hari sebelumnya, dah kena makan ayam besaq lagi sekali. Hambek kau makan ayam sampai puas. xD Tapi memang tak habislah, ayam besaq sangat, harga RM8. Berpatutanlah harga dia. Roti canai dia ala roti canai segera tu, bukan roti canai lembut biasa tu. Tulah istimewanya kot.

Siap sarapan, kami pun pergi Bukit Bendera. Memula tak nak pergi sebab Nadia kata bosan je, boleh tengok pemandangan jelah. Sejujurnya, aku rasa pergi Bukit Bendera ni paling berbaloi. Tiket RM8 je tapi kat sinilah paling banyak ambil gambar wiwiwi. Nama pun berjalan kan, mestilah ambil gambar bebanyak hehe.






  






Puas tengok gambar? Mihihi. Harap takde sebarang kemalangan akibat tengok gambar kitorang lulz. Lepas tu, kami ingat nak pi Taman Botani Penang tapi macam kena mendaki masuk hutan je so tak jadi pi since semua pakai skirt kecuali kakak. Terus lagi, pergi Taman Herba Tropika. Apa segala taman kitorang pergi. Ini pun tak boleh blah. Ingatkan nak tanya-tanyalah dulu. Tetiba kitorang disambut dengan receptionist, dia tunjuk sebakul herba-herba pastu terus suruh bayar. LOL. Kami pun masuk jelah. Tiket boleh tahan mahal taaaaaaapi jenuh menjelajah taman tersebut yang aku boleh katakan hutan sebenarnya. Ada berapa puluh entah herba kat sana tapi memang banyaklah. Kalau tadi dapat elak daripada kena masuk hutan, ni dah memang masuk hutan. Memasing dah ala-ala Snow White masa lari daripada kena bunuh masuk hutan tu. Haa camtulah.









Ok? Moga tabah untuk terus membaca dan melihat gambar ye haha. Seterusnya kami pi Taman Rama-rama pulak. Terasa kanak-kanak jap sebab lama tak pi taman camni ^___^" Tak kisahlah. Nah tengoklah gambar lagi. Masuk situ pun memang banyak ambil gambaq ja sambil kejar rama-rama untuk bergambar. Penat tapi seronok hehe.











Haih lapar. Masa keluar daripada tempat tu, dah petang dah. Kami ingat nak balik terus. Plannya kan nak tengok movie malam tu. So pergi Gurney Plaza dulu beli tiket wayang. Pastu keluar cari makan. Sebab tak puas hati makan char kuey teow semalamnya tu, kitorang pun cari char kuey teow lain. Nadia google dan jumpa satu blog yang cerita pasal Sani char kuey teow. Blog tu kelakar, kemain lagi gelak semua orang masa Nadia baca blog tu. Blog manalah tuh. Masa tu dah pukul 4.30 kot. Katanya kedai tu buka pukul 5 petang. Okaylah tu sebab kedai tu kat Bayan Baru, jauh jugaklah daripada Georgetown. Berialah kitorang mencari tempatnya. Sampai je situ, Allah... Tak bukak lagi. T____________T Meja pun tak susun lagi, Tapi dah adalah orang tengah siang sayur. Faham tak perasaan kitorang yang tengah lapar tak makan tengahari lagi?! MENYESAL TAK HABISKAN AYAM ROTI CANAI TRANSFER ROAD TUH. Sesal pun tidak berguna, kitorang pun balik. Dahlah lapar, jalan jammed pulak.

TT_________________TT

Dalam kereta, semua orang dah buat lawak bodoh yang memang tak boleh difahami sesiapa pun. Sendiri buat lawak, sendiri gelak. Lapar sangat. Mulalah memasing korek beg kot ada makanan. Nasib baiklah dalam beg gua ada coklat yang Mama bekalkan wuwuwu thank you Ma, you're the best. Makanlah kitorang coklat seorang sebiji untuk alas perut. Sedih tak sedih cerita aku ni hahaha. Macam bangang pun ada weh ada ke pelancong macam kitorang ni :'D

Then dapat cadangan untuk pergi makan kat Kapitan kat Gurney Tower. Yes. Patah balik pergi Gurney Drive tu faham tak maknanya kitorang pergi Bayan Baru tu memang saja je kan *api keluar hidung*. Heh. KFINE. FOINEEE. Ni kalau tak sedap ni memang nak kena bakar kedainya. Alhamdulillah sedap. Semua sebulat suara makan roti naan dengan ayam tandoori. Sedap! Puas hati dan kenyang. Lepastu terus rushing pergi tengok movie. Tak pernah woi rushing tengok movie sebab lambat hahaha. Drama betul memasing. Tengok cerita Step Up 5. BESTTT! Tak pernah tak best tau. :D

Habis movie, kitorang pun balik hotel. Penaaat. Haha. Okaylah, nanti cerita last day lain kali k. Bye!

p.s. Don't forget to check out those advertisements around this blog! ;)

No comments: