Sunday, March 27, 2011

Belum habis lagi.

Pagi tadi pergi sekolah untuk majlis anugerah kecemerlangan. Dapat jugak I pergi untuk naik pentas ambil sijil dan bukan jadi penyambut tetamu. Dulu ada cita-cita nak datang lepas tengok senior yang bijak- bijak belaka, klik sini untuk baca. Yes. Yes. Yes! Dang, pengakuan yang tak cool. Kthxbai hahaha tetiba. Okay, tak kelakar.

Rupa-rupanya pergi majlis seumpama tu kan rasa sedih sikit. Sedih sikit sebab cikgu-cikgu macam terharu tapi I rasa tak berbaloi sebab keputusan tak bagus sangat pun. Macam mana ni? Nasi dah jadi bubur, bukannya boleh jadi nasi balik walaupun kita goreng, bakar atau jemur bawah matahari. Dah tu, ini macam hari last datang sekolah secara rasmi. Bukan macam tapi memang. Kalau pergi sekolah lepasni tak dijemput. Masa sekolah dulu kan bila senior datang kan mesti macam excited sikit sebab nak tahu dia belajar kat mana sekarang dia buat apa sekarang dia kerja apa sekarang. Tak kiralah kenal ke tak. Pendek kata, suka bila senior datang. So adik-adik kalau akak pergi sekolah nanti korang suka tak? Excited tak? Okay tak payah jawab.

Tadi ada cikgu sekolah petang tegur I. Ada ke patut dia yang perasan I dulu?! Dia tengah duduk, masa tu Mama dah nak balik. Tetiba je dia panggil. Kenapa mata tak tajam, sepatutnya I tegur dia dulu. Rindu tau cikgu comel ni. Terharu betul bila dia ingat I lagi. Dah sebak sikit dah masa tu tapi takkan lah nak nangis pulak kan. Inilah masalahnya kalau sensitif lebih tapi I memang jenis yang cepat terharu bila tang cikgu-cikgu ni. Takut kalau ilmu tak berkat, tak ke aniaya hidup nanti.

Lepastu jumpa kawan-kawan. Sedih jugak. Macam dah final, dah tak boleh jumpa lagi. Entah kenapa rasa macam ni. Macam dah tak boleh jumpa lagi. Berapa kali nak ulang tak boleh jumpa lagi. Sorry lah wak, titew tengah sedih ni. Susah tau nak jumpa kawan-kawan yang baik dan boleh ngam macam dorang ni. Dah lah pandai, tak kede pulak tu. Kede tu kedekut kalau korang tak tahu. Ah sedih ah.

Tadi kat sekolah happy tapi bila balik rumah macam kureng dah. Sekarang terus rasa sedih. Now, tengok gambar. Tengoklah gambar kita dengan kawan-kawan kita.

 Haiii aweks kiri kanan.

 Nama dia Pei Khim, dia BFF saya. Result dia bagus woh. Bangga :')

 Ini pun kawan saya jugak. Ehem. Best student aliran Sains dan Kemanusiaan.

Okay itu je I nak share. Apapun, tak kira macam mana bagus result kita, semua orang mula balik dari bawah semula. EVERYONE, you and I, back to ZERO. Titik. Good luck! ;)

10 comments:

Shafiq Hashim said...

Tahniah kepada semua calon SPM 2011

Atikah said...

Too bad I didn't bump into masa numerous times datang sekolah dulu, sebab you were excited senior datang ;) Girls I saw pandang kitorang as if we're alien or something. Haha.

Shahiela C said...

Shafiq ; Thanks!

Kak Atikah ; LOL! Memang biasa la tu kan hahaha. XD

misz molecule said...

at least naik pentas jugak kan??

eyjalukman said...

well done ! ;)

zuk zuhaiza said...

buruk atau baik result SPM bukan penentu kajayaan masa hadapan.

yang penting kita sedar dan amik pengajaran.gudluck n keep it up dik!!

Shahiela C said...

Misz molecule ; A'ah hihi :)

eyjalukman ; Thank you! :D

Shahiela C said...

zuk zuhaiza ; Betul, thanks! :)

nelly said...

Tahniah ..besar piala ..=)

Shahiela C said...

Besar kan? Tapi dorang punya, haha.