Selamat petang kalian!

Apa awak rasa bila tengok orang berjaya? Lagi-lagi bila satu keluarga datang untuk raikan kejayaan dia? Hadiah/anugerah/sijil/piala yang dia dapat banyak? Orang nak temuramah dia banyak ramai? Orang nak tangkap gambar dia atau dengan dia pun banyak ramai? Bukan setakat kuat belajar je, dia kuat lari, dia kuat berdebat, dia kuat main muzik? Dah tu, boleh pula dia merendah diri takde pula nak menunjuk-nunjuk? Cemburu tak? Ada rasa iri hati tak? ATAUPUN RASA MACAM NAK HANTAR DIA KE MAKMAL UNTUK BUAT KAJIAN SEBAB DIA MACAM LUARBIASA?!


Tak kira la apa yang awak rasa tapi saya memang cemburu dengan Kalaiyarasi Arujunan yang dapat 12A+ SPM 2009, tokoh srikandi sekolah ni. Tadi ada Hari Anugerah Kecemerlangan, I pergi untuk jadi penyambut tetamu macam biasa. Yelah, kita tak pandai jadi tak dapat anugerah apa-apa pun tsk tsk T_T Tapi (!) tak apa, dapat tengok orang ambil anugerah pun dah cukup puas hati. Teruja gilalah tengok mereka yang cerdik pandai ni. Awww, I loikeeee. ;]


Ini nak ingatkan Moli macam mana nak cakap bila telefon Kalai nanti. :"> *ini emoticon Faeza bila malu-malu kan? HAHA.




Cerita sikit pasal NNNA, Nik Nurul Nahdatul Asyikin (suka nama dia tawwww *ajuk 'tawww' sambil menjeling manja gaya Nik yang TharsikaDR suka, haha). Dia suka tangkap gambar orang. Bila ada kamera dekat tangan, selagi tak ada orang cakap HOI HABIS BATERI KAMERA TU NANTI, dia takkan berhenti tangkap gambar. Dahlah suka candid, kalau tangkap gambar orang macam biasa je takpe, ini suka betul dia zoom. Memang straight-to-your-face lah. Saja je nak tunjuk muka orang tak licin macam dia. Sepatutnya dia zoom diri sendiri sebab dia cantik. ;) Nik belum ada blog, takpe nanti dia ada blog I bagi link. *Nik cepat cakap terima kasih, hoho. ;p



Ini masa perbincangan semalam. Asyik gelak je sebab banyak tertinggal acara masa tengah buat aturcara program. Tak reti plan, maaf ya AJK semua.


Haa tengah stapler plastik makanan takut tergolek bila masuk beg nanti. *Moli asyik highlight saya suka cakap 'tergolek'. :P


Okeh, sekarang dah mengantuk. Makan banyak sangat pastri tadi. Muka pun dah boolat. Kejap lagi nak mulakan operasi bersenam. Selamat tinggal, belog sayang.

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.