Posts

Showing posts with the label vacation

Penang (Part 2)

Image
Assalamualaikum and hi again! So this is a continuation from the first part of my journey jet jet macam pergi obersi je post kemain banyak lagi sirinya haha. Kalau tak baca lagi yang first tu, bolehlah klik sini . Okay sekarang sambung hari kedua kat Penang pulak. Mulanya nak gerak keluar pukul 8 pagi tapi biasalah poyo je lebih. Keluar pukul 8.30 camtu kot tapi okaylah jugak. Breakfast roti canai Transfer Road atau nama Melayunya, Jalan Transfer haha. Ni kat Georgetown je, dekatlah dengan hotel. Ni haa pagi-pagi lagi dah gelak. Dah kalau yang famous roti canai, mestilah makan roti canai kan. Kami pun order, "Nak makan apa adik?" "Roti canai biasa empat." "Kuah sekali ke asing? Ayam ke daging? Nak berapa?" "Asing. Empat. Semua ayam." ... Tudia ayam seorang seketul besaq ya Rabbi. Masa uncle tu hantar roti canai dan kuah kari yang pinggannya sama besar, penuh meja. Yang kelakarnya muka masing-masing... SPEECHLESS! HA...

Penang (Part 1)

Image
Assalamualaikum and haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Lama tinggalkan blog ni, rasanya dah takde pembaca dah. Eh pernah ke ada pembaca pun alahai hahaha. But sorry, anyway! Masa Raya haritu ada rasa nak menaip tapi sayang, rasa je yang ada. :p Memandangkan Raya pun nak habis, kita tutup jelah kisah Raya. Teruskan dengan kisah pergi Pulau Pinang! :D Alkisahnya, awal tahun haritu tengah nak beli tiket flight untuk balik rumah bulan Julai (awal gilos beli tiket hahaha) pastu tiket pi Penang pun murah. So tetiba je rasa nak pergi, tetiba je mesej gegirls semua, tetiba je dorang setuju, tetiba je book tiket, tetiba je eh kita nak pergi Penang lepas Raya nanti yayyyyyy! Hahaha. Sepatutnya pergi berlima tapi tetiba Syai ada program kat universiti dia dan dia buat keputusan untuk ditch kitorang dan berjumpa kawan-kawan antarabangsa dia pada tarikh yang sama. Yelah, kawan dengan orang Korea uolls, apa kelas kitorang budak Kajang ni. :( Ok ok tak, gurau je hahaha. Tapi dia ada prog...