Penang (Part 1)

Assalamualaikum and haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Lama tinggalkan blog ni, rasanya dah takde pembaca dah. Eh pernah ke ada pembaca pun alahai hahaha. But sorry, anyway! Masa Raya haritu ada rasa nak menaip tapi sayang, rasa je yang ada. :p

Memandangkan Raya pun nak habis, kita tutup jelah kisah Raya. Teruskan dengan kisah pergi Pulau Pinang! :D

Alkisahnya, awal tahun haritu tengah nak beli tiket flight untuk balik rumah bulan Julai (awal gilos beli tiket hahaha) pastu tiket pi Penang pun murah. So tetiba je rasa nak pergi, tetiba je mesej gegirls semua, tetiba je dorang setuju, tetiba je book tiket, tetiba je eh kita nak pergi Penang lepas Raya nanti yayyyyyy! Hahaha. Sepatutnya pergi berlima tapi tetiba Syai ada program kat universiti dia dan dia buat keputusan untuk ditch kitorang dan berjumpa kawan-kawan antarabangsa dia pada tarikh yang sama. Yelah, kawan dengan orang Korea uolls, apa kelas kitorang budak Kajang ni. :( Ok ok tak, gurau je hahaha. Tapi dia ada programlah so terpaksa tarik diri dengan berat hati (tapi masa kitorang pergi Penang tu, dia pergi Langkawi uolls).

Masa tengah study week untuk Selanjar 2 tu, sungguh tak sabar dah nak pergi Penang tu. Walaupun Penang je tapi sebab stress nak exam tu, perasaan dia macam nak pergi Maldives! Hahaha over sangat tapi seriuslah, memang tak sabar. Yang follow Twitter gua taulah, kemain aktif gua tweet pasal tak sabar nak pi Penang tu.

Moh cepat sikit cerita pasal Penang. Intro je dah 4 perenggan kau apehal. -___-" Ok.

Day 1

Kami sampai Penang pukul 9.10 a.m. Flight agak merisaukan sikit sebab masa nak mendarat tu tetiba je pilot naikkan balik kapal terbang tu. Terkejut ok sebab masa tu tengah tidur haha. Syera kat sebelah memang tak cover dah muka cuak dia LOL. Rupa-rupanya pilot dapat arahan last minute untuk tak mendarat lagi so dia pusing-pusinglah kat atas dulu. Sampai airport, hujanlah pulak. Check in hotel pukul 2.00 p.m., jadi kami pusing-pusinglah area tu dulu. Google apa yang menarik kat area sana, ada Tokong Ular. Pergi sana, hujan makin lebat so tak jadi nak masuk. Nadia amek gambar signboard daripada dalam kereta weh, lawak tak lawak hahaha xD So kami pun terus pergi Georgetown sebab masing-masing dah lapar.

Awal-awal lagi dah nak makan nasi kandar. Syera dengan Nadia dah buat research awal-awal pasal tempat menarik kat Penang ni, so dorang decide nak try nasi kandar Line Clear. Pusing-pusing Georgetown pastu jumpa. Satu benda pasal kedai makan mamak ni, makanan dia banyak sangat. Penuh sepinggan. Tengok pun boleh kenyang haha. Tapi nasi kandar dia sedaplah. Masing-masing tak boleh habiskan sebab banyak haha. Makcik yang duk meja sebelah pun tegur, "pasaipa tak habih, ni mesti tak biasa makan kan". Kami mampu senyum jelah sebab kenyang sangat dah :')

Lepas makan, kami pi Fort Cornwallis. Awal-awal ni kami macam hilang arah jugaklah pastu singgah kedai buku beli peta hehe. Beria beli peta, Google map dengan Waze lagi. Lengkap. Sebab dah jumpa Fort Cornwallis tu kan, so kami pun singgah jelah. Pusing-pusing tengok keliling, ambil gambar sini sana pastu dah penat kami pun pergi hotel untuk check-in.






3 hari 2 malam kami kat Chulia Heritage Hotel. Hotel bersih dan cantik, berpatutan dengan harga. Kami pergi weekdays so tak ramai. Hotel ni stail ala-ala bungalow orang Cina dulu-dulu. Puas hatilah duduk sana sebab sepanjang 3 hari tu, takde masalah pun. Disebabkan semua penat, kekonon nak rehat-rehat je awalnya, sekali memasing tertidur pastu keluar balik lebih kurang pukul 5. Katanya nak lepak kat pantai, kami pun pergilah Batu Feringghi. Duduk-duduk sekejap pastu lapar. Again ikut research 2 orang tu, banyak orang recommend Mady Char Kuey Teow. Sebab tu dah kat area Feringghi ni, pergi jelah yang itu. Honestly, rasa dia so-so je, entahlah. Mungkin sebab pernah makan yang lagi sedap kot. Macam tak sama dengan komen orang kat blog-blog tu. Lepas makan, kami pun balik.






Sebab tak puas hati, kami pun pergi cari pasembur menari kat Gurney Drive. Jenuh cari weh tapi tak nampak macam ada jual pasembur pun area tu. Banyak shopping mall je. Tetiba nampak GSC kat Gurney Plaza, terus timbul idea nak tengok movie. Memang kelakarlah kan, datang jauh-jauh pergi Penang pastu nak tengok movie. Tapi kecewa jugak sebab masa movie best tak kena. So keluar balik, sambung pencarian pasembur menari. Google punya Google, rupanya dia kat Anjung Gurney. Tak ingatlah pulak gerai nombor berapa tapi kalau nak try korang cari je gerai yang pasang lagu Hindustan. Berialah jugak kitorang cari uncle pasembur ni hahaha. Pasembur dia sedap, alhamdulillah! Kitorang beli 2 je sebab banyak, share 4 orang. Kali ni berbaloilah kitorang cari pasembur menari ni sebab Syera khusyuk tengok uncle tu duk menari sampai hotel dia minta kitorang nak tengok video uncle tu menari LOL. xD


That's it for the first day rasanya. Hari kedua and ketiga sambung part 2 eh? Ni pun jenuh menaip dan upload gambar bahaha. Till next time, people! :D

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.