Selamat petang kalian!
Apa awak rasa bila tengok orang berjaya? Lagi-lagi bila satu keluarga datang untuk raikan kejayaan dia? Hadiah/anugerah/sijil/piala yang dia dapat banyak? Orang nak temuramah dia banyak ramai? Orang nak tangkap gambar dia atau dengan dia pun banyak ramai? Bukan setakat kuat belajar je, dia kuat lari, dia kuat berdebat, dia kuat main muzik? Dah tu, boleh pula dia merendah diri takde pula nak menunjuk-nunjuk? Cemburu tak? Ada rasa iri hati tak? ATAUPUN RASA MACAM NAK HANTAR DIA KE MAKMAL UNTUK BUAT KAJIAN SEBAB DIA MACAM LUARBIASA?! Tak kira la apa yang awak rasa tapi saya memang cemburu dengan Kalaiyarasi Arujunan yang dapat 12A+ SPM 2009, tokoh srikandi sekolah ni. Tadi ada Hari Anugerah Kecemerlangan, I pergi untuk jadi penyambut tetamu macam biasa. Yelah, kita tak pandai jadi tak dapat anugerah apa-apa pun tsk tsk T_T Tapi (!) tak apa, dapat tengok orang ambil anugerah pun dah cukup puas hati. Teruja gilalah tengok mereka yang cerdik pandai ni. Awww, I loi...