Thursday, March 11, 2010

Campur-campur.

Ujian 1 dah habis. Ya dah habis, ujian tiga hari je tapi rasa macam 3 minggu, hish hiperbola melampau sangat. Tapi memang betul, itulah yang I rasa. Kena belajar berhempas-pulas, tidur lambat setiap hari (eh tak tidur awal pukul 10 lepas tu bangun balik pukul 2 pagi dari hari ahad sampai selasa), minum kopi setiap pagi sebab tak nak tertidur dalam kelas walaupun kadang-kadang hilang fokus bila cikgu cakap pasal tulang belakang, I fikir pasal tulang oracle. Okay, kebanyakan yang I cakap tadi tipu tapi tak semua lagi-lagi yang tulang belakang dengan tulang oracle tu. Apa kes? Hish. Ni baru ujian 3 hari dah kelam-kabut, tunggang terbalik. Nanti mid-term, trial lepas tu SPM yang sebulan lamanya macam nak rancang strategi untuk kura-kura menang lumba lari dengan katak macam mana?! -______-"



Hari ini keputusan SPM 2009 keluar. Dah stail baru woah keputusan diberi dalam satu majlis. Tadi I kena bertugas untuk tolong cikgu jadi dapatlah tengok. Lepas semua orang dah sedia lagi-lagi orang yang nak ambil keputusan macam jantung nak tercabut dah, pengetua mula dengan mengumumkan keputusan matapelajaran secara keseluruhan - matapelajaran apa dan berapa yang lulus. Dah habis pengetua cakap, semua orang tepuk-tepuk tangan, mulalah pengumuman pelajar yang dapat 7A sampailah semua A. Masa ni, muka semua orang cuak, tangan dah sejuk menggigil termasuklah orang yang berkata-kata sekarang ni eh orang yang menaip. Cis malu, malu. Tapi tangan I takda sampai menggeletak semua, cuak sikit ja (cakap dalam loghat utara). TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG! Anda hebat.



Yang paling tak boleh blah bila cikgu-cikgu berpesan, "tahun depan, kamu pula kena naik atas pentas ni." sambil memandang tepat ke mata I sampai dapat rasa ada kejutan elektrik 'bzz'. -__________-"



p.s. Maaf, mengarut banyak sangat. Bye. 

No comments: