Friday, July 15, 2016

Hair care 101

Salam & hi semua!

Before I start babbling, I'd like to wish you a Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaaaa! :D Dah Syawal ke berapa entah ni baru nak wish hahaha.

Harini nak cerita sikit pasal penjagaan rambut. A few of my friends have been asking what's my hair care routine... Sebenarnya kita segan la sebab kita tak buat apa-apa pun haaaahaha. Alhamdulillah memang takde masalah rambut. So kita buat yang basic je. Takde pun pergi saloon untuk buat treatment ke apa, bukan sebab tak nak tapi mahal laa. If you can afford it, then why not ;)

Anyway, since orang tanya, kita jawab je lah. Here's a few things I do with my hair, I'm not sure if this routine keep my hair manageable or it's memang like that LOL. Kalau ada yang nak try, boleh la try. Kalau rasa macam kurang daripada rutin korang pun, bolehlah tambah. Ok? :D

Rule number 1 is to wash your hair everyday. Dulu masa freehair zaman sekolah kan, I wash my hair every 2 days sebab ada orang cakap tak elok cuci rambut hari-hari sebab nanti cepat rosak. Nope. That is very wrong. Kalau bertudung, laaaaagilah kena cuci rambut setiap hari okay. Kenapa kena cuci rambut? Simple, to wash off dirt (habuk segala bagai yang kau kumpul sekeliling) and to clean your scalp (especially when you sweat!). Takde la rambut berminyak dan berkelemumur. Akak nak cakap sikit ni, kelemumur adalah benda yang wajib dielakkan tak kiralah untuk lelaki ke perempuan. Sumpah, having dandruffs is NOT cool at all. Guys please, so kalau ada yang sampai gugur kat baju tu... *tepuk dahi* The best time to wash your hair is at night sebab senanglah kita dah duduk kat rumah je kan. Bolehlah ambil masa keringkan rambut lepas tu.

Macam mana nak cuci rambut? Run water through your hair, make sure it reaches your scalp. Pastu apply shampoo. Shampoo ikut sukalah mana yang sesuai, kan ada banyak jenis. My favourite since zaman sekolah is Dove. Wangi sangat ♥ Warna pink ke biru ke oren ke tak kisah. Apply shampoo pastu gosoklah kulit kepala sikit, jangan garu kuat sangat sebab kulit kepala kita sensitif, firm but not harsh k haha. Masa ni lah nak urut-urut sikit kepala tu :3 Dah siap, tinggalkan untuk 5 minit, sambil tu boleh sabun ke scrub mana yang patut dulu. Lepastu bilas rambut macam biasa. Then, use hair conditioner. Hair conditioner paling kita suka antara banyak rutin lain ni. Haritu terkejut jugak sebab ingatkan lelaki je tak pakai conditioner, rupa-rupanya perempuan pun ramai yang tak guna conditioner. Conditioner untuk buat rambut lembut macam rambut model iklan shampoo tu haha. No, seriously, this is a very important step. Conditioner ni apply macam biasa tapi elakkan daripada kena kulit kepala sebab they say it can cause hair fall. Not sure if it's true but that's what I've been practising all these while. Dah apply kat rambut, tinggalkan untuk 5 minit jugak. Masa ni hampa gosok gigi dulu ka cuci muka dulu ka. Pastu bilas sampai hilang. Siapa yang tak pernah try conditioner, try okay. It makes a big difference.

Next, keringkan rambut. I rarely rub my hair with the towel. Make it a habit to only dab your hair with the towel lightly as long as there are no more water dripping, then that's enough already. Kenapa eh tak boleh gosok rambut guna towel? Nanti rambut kering and frizzy. Bila dah kering, takde effect rambut flowy idaman tu hahahaha no, seriously memang betul nanti jadi frizzy. So let it dry by itself la, takyah beria gosok rambut tu. This can be a challenge if you're wearing a hijab and you're going out after washing your hair. A hairdryer would do you a favor. I don't use a hairdryer because it can make your hair frizzy as well especially if you don't apply anything to your hair to keep it moisturized. Keep in mind that not everyone will face the same problem but it's a good practice if you can avoid things that can damage your hair kan. Oh sama jugak dengan sikat rambut. Avoid combing your hair when it's wet. Comb your hair only when it's dry to avoid hair fall. Biasalah rambut gugur lepas cuci lagi-lagi yang rambut panjang so kita elakkan mana yang boleh okay. Bila rambut dah kering, if rajin boleh apply leave-in conditioner. Shahiela malas so takdelah buat yang ni. This is optional.

Tying your hair. Avoid tying your hair with tight hairbands. I seldom tie my hair, I prefer using a hair clip because it's easier to manage. Lagipun getah rambut selalu hilang hahahaha. Kalau yang pakai tudung pulak, I understand the struggle of having extra laundry untuk cuci tudung but please wash your headscarves regularly. I believe wearing a clean tudung has it's benefit as well especially your scarf inners okay. Tudung sarung tu paling bahaya, I totally understand hahahaha. Tudung yang dah pakai 1/2 hari, takyah la ulang pakai hari lain k. Even kalau pakai 2-3 jam when you're outside under the hot sun (so you sweat...), jangan gantung kat kerusi tu dah eh haha.

For those yang suka dye, curl, rebonding rambut, you need extra care. If you can avoid it, then avoid it. But if you want to do it, then sekali-sekala kenalah buat hair treatment so that rambut tak kering, frizzy and eventually rosak. I see a lot of my friends doing it and some memang jaga so cantiklah rambut dia tapi ramai jugak yang rambut rosak jadi kering sangat sebab tak jaga. Again, it depends on your hair type jugak, some memang ada soft silky hair so buat apa kat rambut dia pun still cantik. You know your hair better :)

For additional care, kalau rajin and nak jimat, buatlah hair treatment at home. Beli hair mask then buatlah seminggu sekali kalau rajin. Serius kalau rajin sebab Shahiela tak rajin so takdelah buat ni hahahaha. I guess that's all I have, may you have lesser bad hair day after this! Till then, bye :B

Belanja selfie pagi Raya satu :p

No comments: