Friday, January 28, 2011

Mula-mula benci, lama-lama sayang.

As Salam and hello

Ramai orang kata, jangan terlalu benci seseorang nanti jadi sayang dan jangan terlalu sayang seseorang nanti jadi benci. Kenapa kalau kita benci orang tu tahap langit ke-7, lepas tu jadi sayang? Eeeee tak kuasa nak sayang orang yang kita benci tu kan? Tengok muka dia pun rasa macam nak tonyoh-tonyoh.

Ada satu kisah benor nak cerita ni. Mengenai seseorang yang banyak bantu saya dalam pelajaran. Kita anonymouskan orang tu okay? Biarlah rahsia. Dia pernah cerita yang dulu dia anti dengan orang Kelantan. Dah kata anti, jangan haraplah nak ada hubungan dengan orang sana. Tup tup kahwin dengan orang Klate. Mereka bahagia sampai sekarang dan harapnya sampai ke akhir hayat :')


Persoalannya sekarang, macam mana benci boleh bertukar menjadi sayang? Sebelum tu, I cakap terus-terang dulu. I tak pernah ada special boyfriend sebelum ni. Jadi, tak tahulah macam mana sebenarnya boleh terjadi fenomena ni ya. Cewahhh, fenomena you. Takpe walaupun I takde real life experience (-__-"), I pernah fikir pasal benda ni.

Bila kita benci sangat dengan orang, biasanya kita akan ingat apa yang orang tu buat sampai kita bencikan dia. Contohnya, lelaki A suka kacau perempuan B. Biasalah kan, gurau-gurau, sakat-sakat anak dara orang amboih dia. Hakikatnya, B tak suka. B benci A. Tapi hari-hari A buat macam tu hinggakan walaupun benci tapi dah terbiasa.


Tiba-tiba ada satu hari A berhenti menyakat B. B pun mulalah tertanya-tanya mana A dan kenapa dia dah tak ada. Mulai dari saat itu, sedarlah yang benci dah jadi sayang (ataupun rindu). Relevan tak contoh ni? Cakap je relevan, penat bercerita tauhu. Rasanya simple macam tu je sebabnya. Klise tapi betul kan? Selalu jadi macam ni. Kisah benar yang I cerita awal-awal tu pun satu daripada beberapa kisah lain.



Fenomena benci jadi sayang ini tak semestinya berlaku antara lelaki dan perempuan je tapi antara rakan-rakan atau saudara-mara. Kesimpulannya di sini, janganlah kita benci orang ya. Benci-membenci sesama manusia pun bukannya elok. Kalau pun tak suka, jangan sampai benci. Lagi pun, kalau seseorang tu berperangai buruk, benci perbuatannya sahaja. Jangan benci orangnya, nanti dosa. Masalah pulak kang nak kena minta maaf daripada dia sebab membenci. Macam sinetron Indonesia pulak. Eh takde kaitan.

Footnote ; Sebab berani gebang bagitahu hari ni test JPJ, makanya dengan berani juga nak bagitahu saya lulus ujian litar. Jalan raya? Faham-fahamlah. Anyway, orang Klate pun lawa kulit putih halus mulus yang penting hati tulus. Ye dak? Terkeluar loghat Perak -__-" Bye.

No comments: