Saturday, June 14, 2014

Untitled

Warning : This post is an emotional one. So yeah. Usual rantings but with more emotions. LOL.

Assalamualaikum and hello.

I just got back from the ward actually. Feeling tired and... gloomy?
Without no solid reason pun. The feeling just came and surrounds me. Or maybe there are reasons but there's too many that I can't even point it out.

Then I started questioning, "why am I even here?" "Tak layak pun..."
Such questions often came into my mind lately. Entahlah kenapa asyik rasa macam ni je.

Setiap hari, jadi makin teruk.
My usual stress therapy doesn't seem to work anymore.

Still sad.
Still moody.
Still feeling down.

And a little depressed kot.

A little.

So what now? I don't like seeing myself being all moody and depressed. Because every time I'm feeling like that, I just got even lazier and I tend to sleep a lot. Things were not right. :(

I thought it's homesick. It can be one of the reasons. But takkanlah teruk sangat macam ni? Comparing to last year, I think this year lagi teruk. Kenapa pulak sampai macam ni kan? Tried everything I could tapi still macam ni jugak.

Maybe dah dapat sindrom sekolah menengah tu balik. But knowing that things here aren't the same like how it was during high school, it became worse. Takutlah kalau tak perform. Bukannya senang.

Tak perform, sangkut kat sini, satu hal.
Perform tanpa betul-betul tahu apa yang kita buat, satu hal.
Lulus semuanya tapi tak yakin boleh jadi doktor pun, satu hal.

Lulus tak lulus, bergantung kepada rezeki jugak. Tapi rasanya, paling penting persediaan nak jadi doktor tu.

Competent enough? Tau dah buat diagnosis?

Teori pun berterabur, takat sikit-sikit je. Clerk patient pun terkial-kial lagi.

Allah, takutnya. Risau. Risau gagal. Risau lagi kalau gagal merawat. Doktor apa macam ni? Diri sendiri pun tak yakin, apatah lagi pesakit nanti.

Tadi masa clerk patient, patient ni ada batu karang. Kami tanya kenapa sebelum ni pergi hospital tak tau ada batu karang tu?

"Mungkin ubat sebelum ni tak berkesan. Tapi bukan salah doktor. Yelah doktor bagi ubat berdasarkan apa yang kita cakap. Sakit sini, doktor bagi ubat. Tapi tak tahu ada batu karang."

Pesakit back up doktor lagi. Aku tak salahkan pun doktor tu tapi aku bayangkan kalau aku doktor tu. Kalau tak dapat betul-betul detect patient tu sakit apa. Masalah sebenar patient tu. Siapa yang sakit? Patient tu yang sakit. Aku tak tahu kalau aku yang terlebih fikir kat sini tapi kalau doktor yang tak dapat detect masalah sebenar pesakit tu, aku... 

Aku rasa bersalah.
Bersalah dekat patient sebab tak dapat detect masalah.
Bersalah sebab tak cekap.
Bersalah sebab buat patient sakit.

Alhamdulillah pakcik ni dapat detect jugak kat sini.

What if keadaan jadi teruk? Berterusan undiagnosed?

We'll be dealing with people's lives.
Takut. Itu memang tak boleh tipu.
Besar tanggungjawab.

Tak payah fikir orang lain, cuba fikir kalau patient tu orang yang kita sayang; keluarga kita.

Kan aku dah kata tadi, aku emosi sangat ni. Tapi betul kan? Itulah realiti.

Banyak dah cerita aku dengar pasal doktor tak dapat kesan awal, patient jadi makin teruk, banyak komplikasi. Macam aku cakap tadi, bayangkan je patient tu ahli keluarga sendiri. Mesti kita marah kan?

Sebenarnya aku nak cerita je ni. Nak luahkan perasaan, banyak sangat simpan. I guess ini cara paling berkesan. Hujan lebat. Haha lega sikit. :')

Susah nak cerita dengan orang lain sebab malu kot. Haha. Agak-agak kalau ada yang membaca ni, janganlah bagitau. Jangan persoalkan pun please. Nanti aku nak cerita lagi pun jadi segan. Maklumlah, pemalu. :p

Tu je kot untuk sekarang. Harap-harap jumpa balik semangat yang hilang tu. Duk layan depression ni pun payah jugak. Apa pun tak jadi. Mohon doa supaya aku bersemangat balik? Thank you in advance.

Moga kalian pun dipermudahkan segala urusan. Jaga diri ok? :)

1 comment:

Ainnur Insyirah said...

Hi Sha. I just want to tell you, do not give up! One day, you're going to be an amazing doctor. Trust me. You really deserve to be a doctor. Aku pandang tinggi kat kau. Fyi, you're one of my best inspirations to succeed in my studies. Jangan pernah putus asa tahu? =)