Monday, May 26, 2014

So now what?

Hello. Post sebelum ni lirik lagu sebab aku rasa macam dah lama sangat aku tinggalkan blog so aku kekonon buat comeback dengan post lirik lagu kesukaan yang membuatkan hati ini berbunga bertaman berhutan belantara pabila mendengarnya. Ah kau amende ni -___-

Ok serius, serius. Banyak aku nak cerita. Sejak 2 minggu lepas, aku busy tak menang tangan, tak cukup kaki berjalan berlari, tak cukup tidur, tak cukup rehat (duh obviously), tak cukup makan ah serba-serbi tak cukup. Penat. Exhausted. Siap demam lagi, alhamdulillah demam lepas habis semuanya haha.

Busy dengan FesKI, busy dengan Women's Week closing ceremony, busy dengan KTP Jeli dan Tumpat. 4 event je pun. 4 EVENT WALAUPUN AKU AHLI KECIL JE TAPI PENAT TAK BOLEH BLAH OK. Ok. FesKI paling crazy sekali kot sebab sampai tak tidur malam segala hahaha. Bermalam-malam pulak tu. Pergh dahsyat. But it all worth it in the end, it went so well and everyone enjoyed it ^_^

Kalau nak cerita satu-satu, tak mampu weh. Sebenarnya aku update blog ni pun sebab aku nak exam kurang daripada 2 bulan lagi ni hahaha. Macam biasalah, kalau ada yang membaca ni, mohon doa kalian. Selanjar 2 ni ada Musculoskeletal block, Haemopoietic and Lymphoid block, Endocrine block and Genitourinary block. Senior kata, Selanjar 2 ni paling susah antara ketiga-tiga selanjar. Makanya aku pun takut! Hahaha. Memang takutlah sebab ada block Musculo yang tak berapa digemari itu :(

Paling penting korang tolonglah doa kami semua lulus eh. Third year baru habis Pro 2. Aku yang cuak weh. Tak lama lagi dapatlah result. Semoga semuanya lulus dengan cemerlang! :)

No comments: