Change.
Dah jadi rutin setiap pagi mesti kena check Facebook, Instagram and Twitter. Kalau sempat breakfast, sambil breakfastlah. Kalau tak sempat, masa sampai dewan kuliah. Walaupun cuma beberapa minit, mesti tengok jugak.
Facebook terutamanya paling penting untuk aku. Kenapa? Sebab Facebooklah tempat yang boleh kata hampir semua kawan-kawan ada; kawan sekolah, matriks and universiti. Universiti uolls. Janggal bunyinya. Macam tak percaya dah masuk universiti haha.
Okay so bila check FB tu hari-hari, mestilah ramai kawan-kawan update kan. Update gambar, aktiviti, status macam-macamlah. Bila tengok tu semua, selalu teringat balik masa sekolah dulu. Those sweet old memories. Teringat macam mana perangai masing-masing masa sekolah. Aku mengaku, kitorang antara geng skema kat sekolah. Geng skema yang cikgu kenal, geng skema yang siapkan homework, geng skema yang tak langgar peraturan sekolah (okay, ni bukti paling kukuh buat kitorang skema), geng skema yang... you name it.
Semakin jauh perjalanan (masuk matriks and seterusnya USM), aku perasan kawan-kawan aku yang dorang tak skema macam aku dulu. Mula-mula tu aku terkejutlah jugak. Kenapa? Mungkin sebab aku sekolah Convent so kalau flashback balik, ada dua jenis orang je kat sekolah dulu; The Nerds atau The Rule Breakers. Basically, The Nerds ni golongan yang cikgu sukalah sebab tak buat masalah whereas The Rule Breakers, golongan yang buat cikgu pening. Itu apa yang aku fikir dulu. Dua golongan ni tak pernah baik. The Nerds akan jadi penguatkuasa dan The Rule Breakers akan menentang.
Satu benda korang kena tau, aku ni pemalu. Aku serius ni. Susah nak berkawan sebab pemalu. Segan nak tegur orang dulu. Tak reti nak berborak. Rasa awkward bila kenalkan diri. Yes, aku tak peramah. Aku sanggup bersendirian daripada berpura-pura boleh get along padahal aku tak selesa. Biarlah orang nak cakap aku lone ranger sekalipun.
So ditakdirkan masa matriks dulu, aku seorang je dipisahkan daripada semua kawan sekolah aku. Kawan sekolah aku yang lain dapat Blok Vega dan aku kena campak dekat blok Polaris. Masa aku tau tu, sebenarnya aku tak suka matriks tu sebab aku takde kawan. Sunyi gila. Walaupun aku ni pemalu tapi aku tak suka bersendiri. Aku suka berkawan. No man is an island kan? Aku cuma tak reti nak mula berkawan dengan orang, tu je. Dahlah tu, dapat kelas pulak, semua blok Vega jugak. Cuma aku dengan Fatin je lain, Fatin blok Mira. Masa tu, aku betul-betul rasa Allah nak test aku, saja pisahkan aku daripada kawan-kawan aku. Sedih.
Masa aku mula dengar cerita kawan-kawan sekelas pasal zaman sekolah dorang, aku macam kagumlah sebab ramai yang The Rule Breakers ni. Tapi kalau tengok dorang, tak nampak pun macam golongan tu. Do not judge a book by it's cover, well said. Dorang ni sama je dengan aku, sama-sama gila, sama-sama ngok ngek. The best part is, it feels like family when I'm with them. Sejak daripada tu, tanggapan The Nerds and The Rule Breakers aku tu pun hilang. The past doesn't even matter. Yang penting, the bond we've build. Aku sayang semua 17 orang ni. Sayang sangat.
Macam mana pulak survive kat blok lain sorang-sorang tu? Apa guna bilik berempat kalau aku masih bersendirian kan? Alhamdulillah, Allah tak tinggalkan aku pun. Dia bagi aku 3 orang roommates yang terpaling best sekali. Ini aku tak tipu. Nak menaip sekarang ni pun, menitis air mata weh. Brutal-brutal aku pun, aku memang sensitif part orang yang aku sayang ni. 3 orang ni banyak sangat berkongsi macam-macam dengan aku. Rindu la :'( *lap air mata* Li Qi, Ad dengan Eisha. Semua tinggalkan kesan mendalam. Aku mula hidup berdikari dekat matriks walaupun Banting-Kajang cuma sejam. Kena tinggal dengan 3 orang ni, macam-macam benda aku belajar. Kalau nak listkan, sampai bila-bila pun takkan habis kot.
Dan sekarang, semakin jauh aku pergi. Kajang dengan Kubang Kerian ni jauh! Haha. Lagi sekali, takde sorang pun classmate matriks ataupun sekolah sama tempat dengan aku. Lagilah susah aku nak adapt kat sini. Yang sama matriks tu ada tapi tak rapat. Kenalah lagi sekali belajar untuk berkawan. Masa awal-awal tu memang aku loner jugaklah. Takde sorang pun yang aku rasa selesa. Sepanjang masa tu, aku perhatikan orang lain. Yelah, aku sorang kan, so ada masa nak tengok orang lain hehe. Aku selalu terfikir, senangnya dorang berkawan. Ada tu yang peramah sangat. Contohnya Hana. Kenal dia masa Pimpin Siswa. Dia sangaaat peramah. She reminds me of Gee. Serius. Cara dia buat aku selesa berkawan dengan dia hehe.Thank you Hana. :)
Masa minggu orientasi tu, aku macam tak ingat aku bercakap ke tak dengan roommate sebab masa tu sibuk gila. Berkejar sana sini. Sampai bilik pun lelaju pergi mandi and whatnot. Tak sempat nak sembang. Dah lama-lama tu baru okaaay haha. Macam biasalah, first impression selalunya salah. Aku ingat Syafika sombong dulu tapi sebenarnya tak pun. Ika pulak nampak macam tekun and dia memang tekun pun haha. Very highly motivated. Syu-are pulak, mula-mula tu dia ada geng lain so tak berapa nak kenal sangat. Dah lama-lama tu, dia ni fun orangnya. Diam-dia ubi berisi ehem. Haha apa isinya tu, korang kena kenal dia sendirilah LOL.
Going through these different stages of life, growing up in need of being a better person, I realized that we have to change and make changes. Being the same person at the same place doing the same thing will never make us better. I finally understand why people always advice to step out from our comfort zone sometimes. That's to change. Changes are not always bad. So change for the better and always do so.
:)
Comments