The big twenty.

So I've just turned twenty today, alhamdulillah :)


Orang kata dah masuk alam dewasa gitew. Fasa sibuk katanya sebab masa ni nak belajar, masa ni nak kerja, masa ni nak beli kereta, masa ni nak beli rumah, masa ni nak kahwin, masa ni nak ada anak, masa ni nak enjoy, masa ni nak jelajah dunia, masa ni nak sambung belajar lagi woiiih banyaknya "masa ni.." moments. Begitu banyak angan-angan, impian dan cita-cita.


Well for me, memang betul pun semua yang di atas tu hehe. Tapi kena berpada-padalah. Mana boleh dalam masa 10 tahun ni, nak capai semua tu. Memanglah boleh but it takes a lot to do so. Lagipun, bukannya kita nak invest dekat diri sendiri je tapi untuk keluarga, saudara dan masyarakat. Kita hidup kat dunia ni bukan sorang-sorang tapi dalam satu komuniti. Cewah :p


Bukan itu je, kita kena ingat juga yang benda penting untuk capai kebanyakan misi kita itu adalah duit. Duit bukannya seringgit dua tapi banyak. Masa pergi talk "Money and Family : How to Tackle", Dr. cakap orang yang kaya ni adalah orang yang tak berhutang. Maksudnya, dia boleh tampung diri dia sendiri dan keluarga (kalau ada) tanpa ada hutang. Kiranya duit dia mencukupi untuk cover semua. And again, let me emphasize on free from debts. Kalau kita tengok balik "masa ni..." moments tadi, berapa banyak perkara yang memerlukan kita berhutang. Lagi sekali, hutang bukannya seringgit dua but hundreds of thousand at least. Kalau agak-agak gaji tu sebulan beratus ribu bolehlah bebas hutang. In my case, kalau start housemanship nanti, takkan cukuplah nak tampung "masa ni..." moments tu. Jangan harap! Hahaha.


So kita kena start small. Kena pandai uruskan duit. Ehh macam dah menyimpang daripada tujuan asal post lah pulak! Sampai situ je cukuplah. Sebenarnya nak cakap terima kasih kepada

SEMUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

orang yang ingat dan bagi ucapan sempena hari lahir saya sama ada yang diingatkan oleh Facebook or nampak orang lain wish or dengan macam mana cara sekalipun melalui laman sosial, text messages, lisan mahupun bertulis. Haaa fefeeling retis gitew. Okay, okay. Ribuan terima kasih kepada gegirls yang datang pukul 12a.m. bawa kek baldu merah (read : red velvet) sambil nyanyi lagu Birthday :3 Untuk kali keberapa entah, Iolls terharu. Bak kata Ida, senyum sampai telinga kannn :p Iolls bukan retis so bila dapat surprise cemni kan, iolls tak tahu macam mana nak respond, badan terus aktifkan sympathetic mode. Panas pipi masa tu sebab maluuu (")_(") mihihihi. But thanks korangz yang sweet sangat. Kek pun sodap! Perut kenyang, hati senang malam tu hoho.


Tak lupa kepada mama and papa yang membesarkan adik selama 20 tahun ini. Semua kedegilan, kenakalan dan ketidaksempurnaan mohon diampunkan ye? Are you both reading this? Haha. Although I seldom say "I love you", please know that Adik loves you both forever. Forever and always, beyond infinity. Adik kan brutal hehe. I'll try and say that more often k :3


Akhir kata kepada semua rakan-rakan lama dan baru, thank you so much! Walaupun saya ni brutal dan kasar dan garang dan whatever negative adjective words yang korang guna untuk describe saya yang membuatkan saya bertambah cranky, thank you for always being there and for still being friends with me and accepting me as those described above haha.

Dengan itu, ini adalah gambar sempena hari kebesaran saya yang ke-20.


Tengah dok menjahit manik, tetiba Ida yang thoughtful singgah ;)

Nota comel dan ceklat omnomnom daripada Hana Maisarah yang manis :)


Erny and Fatin bagi harta karun haha.

Reramai sign ni, ada yang tak dapat detect siapa. But thank you, anyway! :)

Kek baldu merah yang dapppppp!

Ini masuk je lecture hall ada kat tepi beg. Anyonyo Fadhlin Sakina :B

Blueberry yang tumpah ke tepi yang sedap luar biasa bila orang belanja. Maceh anak buat Prof tett, Siti Najat. Hehe.


All in all, I'm blessed with everything I have and with every single person I'm with. I'm still not the richest person in the world but I'm enjoying things at its best. Alhamdulillah, thank you Allah. And I wish may Allah bless you all with a good life and a good heart always. ♥


With love and radiating positive vibes, 20 years old and still young, Shahiela. *wink*

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.