Tahun dua!

Salam and hi semuaaaaaaa! Hehe. Happy pulak dia ni tau harini. Harini nak post gaya gegirl sikit, kalau korang rasa macam tak mampu nak teruskan, sila klik pangkah.

..........
......
...
.

Eh masih nak baca ke? Hehe.

Okay. Sebenarnya rasa macam banyak nak cerita like always. Dah nak 2 bulan masuk second year ni and truth is, it's a whole different story now. Tak sama langsung dengan first year! And baru terasa macam doktor-doktor sikit hehe :D Mana nak mula ni? Okay, kita start dengan PBL. Kalau masa first year ada SGD (small group discussion), sekarang upgrade jadi PBL (problem-based learning). PBL ni lagi mencabar rasanya sebab ada minimum 2 kali seminggu and maksimum 3 kali seminggu. Ye, setiap minggu ada PBL. Kalau dulu, SGD ada paling banyak pun 2 kot (?) ; satu untuk physiology dan satu untuk biochemistry setiap blok. Kalau dulu SGD malas nak buat, apatah lagi PBL ni. Dulu SGD, dapat soalan and kita kena jawab je. Tapi PBL ni, depa bagi scene contohnya, "A 17 years old boy was brought to the emergency department having shortness of breath..." haa gitu. So ala-ala doktor, kita kena pikir apa masalah pesakit tu. Sekarang ni second year fikir penyakit apa je, nanti bila dah advance sikit baru fikir macam mana nak rawat sekali. Bagi aku susahlah sikit sebabnya kena study ikut arus baru boleh nampak masalah tu. Sekarang ni pulak, setiap minggu ada tema sendiri. Contohnya sekarang ni blok sistem pernafasan so antara temanya adalah kahak berdarah (ataupun dalam bahasa omputeh blood in sputum) dan fokus keseluruhan minggu tu pasal tuberculosis. Haaa korang faham tak apa aku cerita ni? Tak taulah nak simplekan cemana tapi harap korang fahamlah walaupun korang takde kaitan pun dengan apa yang aku belajar ni or korang takkan peduli pun apa yang aku cerita sekarang ni hahaha.

Pastu ada clinical teaching. Basically kitorang kena pi ward interview pesakit kenapa dia datang hospital dan sebagainya untuk tahu penyakit apa. Haa macam doktor-doktor sikit kan? Hehe. Mumula rasa macam best tapi bila dah lalui, pergh susah! Ingat senang ke nak interview pesakit tu? Lagipun soalan kitorang banyak tau. Dahlah baru belajar so banyaklah soalan yang terlepas makanya kena pi jumpa pesakit tu banyak kali dengan harapan dia tak marah atau menyampah sebab banyak kali datang. Mengganggu dia satu hal, lagi satu ramai orang yang akan interview benda sama. Yelah student degree je ada 5 tahun, HO dengan MO lagi. Ramailah. Tapi mohon semua bagi kerjasama la tau, barulah kami dapat belajar ;) Lagi satu pasal clinical teaching ni, semua pensyarah ada gaya masing-masing. Sorang ajar cenggini, sorang ajar cenggitu. Confuse kami ni. Tapi takpe, ambil je semua pastu evaluate balik yang mana yang lebih mudah and praktikal. Basically, semua cara tu betul cuma yang mana lebih sesuai je kot. Itu satu hal. Pensyarah pulak ramai yang garang dan tegas. Takut weh setiap minggu nak hadap clinical teaching ni. Oh setiap minggu ada sorang atau dua yang akan present case (cerita pasal pesakit and findings). Bukan sorang dua tu je yang takut, yang sekadar mendengar presentation pun takut jugak, Yelah nanti Dr. tanya pendapatlah, betul ke taklah, apa lagi possible disease lain, apa complication dia ahhhhh banyaklah yang boleh ditanya. Second week teaching haritu, itew dengan Elly kena present. Masa tu, Allah je yang tahu betapa lajunya jantung ni berdegup, betapa ketaqnya lutut ceq ni taw dak. Dahlah pesakit tak ramai pastu nasib baiklah dapat jugak sorang patient ni sebab baru admit. Patient kitorang baru 17 tahun, lelaki. Hahaha. Haaa terketaq-ketaq tanya soklan. Iolls buat part interview tu, Elly kena buat examination. Lagilah ketaq. Sebelum ni practice kat pakcik-pakcik je kan, sekali dapat patient muda cenggitu. Haru jugaklah haha. Anyhow, alhamdulillah, presentation tu okay :) Walaupun tak cukup mantap tapi takdelah kena marah atau yang sewaktu dengannya. Iolls pun balik Raya dengan gembira lepastu hehe.

Amboi panjang pulak iolls taip. Laju gila jari-jari ni gerak hehe. Berhenti kat sini jelah dulu. Post kali ni takde gambar sebab macam tak kena je nak ambil gambar masa PBL dengan teaching haha. Oh ye, petang nanti iolls nak pergi hiking! 3 hari kat Gunung Chemerong, Terengganu. First time ni nak pergi hiking. Harap-harap semuanya okay, selamat pergi dan balik. Amiin. Sebelum ni takat Bukit Broga tu je hahaha. Itu pun berlenggang je naik. Kali ni kena galas beg, ada la dalam 15kg ke kan -__-" Berat gils. Tapi takpelah, pengalaman baru insyaAllah. And harap-harap cuaca elok, tak nak lah hujan kalau boleh tapi sekarang ni musim hujan, prepare je lah. Kena pastikan it's fun this time, barulah tak serik nak hiking lagi haha.

Well it's gonna be weekend already here, so have a good weekend everyone! :D

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.