Saturday, July 6, 2013

DnT.

"Punyalah banyak dosa aku, lagi tinggi dari bukit Uhud rasanya."

"Dosa banyak mana pun, Allah boleh ampunkan."

"Dosa aku banyak sangat."

"Allah kan ada? Minta ampun pada Dia."

"Hm. Tapi.. tapi."

"Okey, apa masalahnya?"

"Macam ni, kalau someone ni suka tengok benda lucah, dan susah nak berhenti. Nak buat macam mana?"

Tunduk.

"Haih."

Tanpa sengaja, keluhan berat dilepaskan.

"Kena disiplin, boleh?"

"Disiplin? Untuk apa?"

Berkerut dahinya.

"Macam ni. Buat satu denda untuk diri sendiri. Contohnya, setiap sekali tengok video lucah dengan sengaja, kena qiamullail untuk satu malam."

"Kalau tak terbangun macam mana? Mana tahu terbangun lewat ke."

"Kalau tak buat, kena tambah lagi. Buat dua malam."

"Habis kalau tak mampu macam mana?"

"Aik? Layan video lucah boleh, takkan solat tak boleh?"

"Hm. Okey."

Senyum.

"Kalau selalu solat lewat pulak cemane?"

"Rajinkanlah diri solat awal waktu."

"Tapi dah biasa malas."

"Online rajin tak?"

"Apa ni nak kaitkan online dengan solat?"

"Jawab jelah. Online rajin tak?"

Angguk.

"Mulai hari ni, setiap kali sebelum online, solat dulu. Bila tengah online, lima belas minit sebelum azan, offline. Boleh?"

"Kenapa strict sangat?"

"Nak jadi baik tak?"

"Mestilah nak."

"Kalau macam tu kenapa banyak bagi alasan?"

"Sebab macam susah je."

"Nak hidup dalam jahiliyah, atau nak mula rasa sentuhan tarbiyah?"

"Mestilah nak rasa sentuhan tarbiyah."

"Tahu tak tarbiyah tu bukan untuk orang yang manja?"

"Manja in terms of?"

"Manja bukan manja dengan keluarga macam tu. Manja yang cepat mengaku kalah, tak boleh rasa susah. Manja yang bila suruh buat kerja lebih sikit, nak mengeluh. Bila dapat kerja last minute, marah. Bila suruh tinggalkan apa yang syaitan suka, apa yang Allah murka, mula bagi alasan panjang berjela."

"Itu manja?"

"Ya, itu manja. Manjakan nafsu."

"Hm."

"Kita tak mampu jadi baik dalam sekelip mata."

"Tahu."

"Nak jadi baik pun berperingkat."

"Peringkat macam mana?"

"Peringkat yang macam ni. Sebelum jadi ustaz, ustazah, kita kena jadi pelajar dulu. Sebelum jadi pendakwah, kita kena terima tarbiyah dulu. Sebelum kita nak terima tarbiyah, kena sediakan hati buang semua karat jahiliyah dulu. One by one. Step by step."

"Okey."

"Semoga berjaya hadapi ujian mendatang, kawan. Jalan DnT, bukan jalan untuk orang yang biasa. Ini jalan untuk orang yang luar biasa."

"DnT tu apa?"

"Dakwah dan tarbiyah."

Senyum.

********

Copy paste daripada blog Budak Tomato.

Hi semua. Tak, saya tak habis exam lagi. Ada lagi 2 paper MCQ. Eh tak nak cakap pasal tu. Nanti bukak cerita pasal exam lepas dapat result k.

Kenapa tetiba post pasal cerita atas tu? Sebenarnya, baru beberapa hari lepas tergerak nak tengok siapa Budak Tomato ni. Dok tengok Tas Zaqyah retweet kat Twitter so bukaklah profile dia ni. Scroll and baca tweet dia sikit rasa best. Eh ada blog rupanya. Tengok blog dia pulak. Biasalah, pantang jumpa blog best, mesti follow. Okay, try baca semua post kat page terbaru dulu. Ada 7 post camtu kot entah tak ingat. Tapi setiap post best. Baca tak tinggal satu perkataan pun walaupun post panjang. Gaya penulisan ringkas watlek je tapi ada isi. Isi penting yang kita selalu lupa atau terlepas pandang dalam hidup ni.

Dah berapa hari kecewa and sedih sebab teruk dalam exam. Serupa macam orang tak study terus pi exam tu haaa. Otak kosong. Ingat benda tu dah baca tapi terlupa keyword. Allah, rasa kecewa ni, diri sendiri je yang tahu. Cerita kat orang lain pun, takkan sama dengan rasa kat dalam ni. Tapi bila baca blog ni, rasa lega sikit. Post dia terkena dengan situasi. Alhamdulillah. :')

Kalau rasa jiwa kosong ke, cer baca blog dia. InsyaAllah, you'll feel better.

Akhir kata, jangan manja-manja. Hehe.

No comments: