Monday, July 15, 2013

Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Alhamdulillah sebab lulus Pro 1! Cuak bak hang masa result diumumkan Timbalan Dekan haritu. Pergh, lemah jantung.

Tapi ada 28 orang yang belum berjaya. Semoga hangpa semua kuat okay? Kami doakan hangpa boleh buat dengan lebih baik lagi nanti. Pesanan kepada diri sendiri jugak sebab TD kata ada 30+ lebih calon perantaraan haritu, 15 yang diluluskan. Rasanya kami antara yang bernasib baik tu. TD habaq biasanya yang calon perantaraan yang diluluskan kecundang jugak masa tahun ketiga nanti kalau tak berusaha lebih. Kami tak nak dah lah rasa takut sampai ketaq lutut macam haritu so kita kena usaha lebih lebih lebih lagi.

Acano pulak nak usaha lebih lagi tu? Orang kata, menuntut ilmu tu pun satu bentuk jihad. Kalau nak berjihad, kenalah bersungguh baru berjaya. Ye dak? :)

Sekarang ni bulan puasa. So macam tahun-tahun lepas, kena tolong mama buat kuih. Busy la sikit. Online pun curi-curi je tau haha. Nanti bila-bila, kami update lagi ye. Puasa bebetul okay, ibadah kita up kan sikit!

Selamat berpuasa! :D

No comments: