Saturday, February 23, 2013

MSFT-KTP

Haiiiiiiii semua. Baiklah seperti biasa selalu lewat menunaikan janji, maafkan saya! Hehe. So, bulan lepas tak ingatlah berapa haribulan, I join program MSFT-KTP. MSFT-KTP tu apa? Nama panjangnya, Medical Student Facilitator Team - Knowledge Transfer Program. Dapat tak gambaran pasal apa ni? Tak dapat takpe, I bagitau haha. Dia macam kitorang ni pergi sekolah-sekolah kat Kelantan ni untuk kongsi ilmu (walaupun diri ini masih cetek ilmunya T___T). Kami berperanan sebagai fasilitator, membantu adik-adik ecewah! Faham kan kan kan? Cenggitulah ceritanya. Sekolah pertama yang I join ialah SMK Kubang Bemban, Pasir Mas. Iolls ni kan tak berapa nak reti sangat jadi fasi ni, jadi kita hentam kromo je. Nasiblah partner dengan kak Siti yang baik dan comel hehe. Kami in-charge untuk kumpulan 7. Maafkan akak ya adik-adik kalau ada tersalah informasi ke apa kan. Apa-apa pun, korang semua happening! Good job on the improvements each of you have made! ;)


Group 7 (tiada dalam gambar - Hanan)

Fasilitator yang terlibat.


Itu saja untuk minggu ni. Jumpa lagi next time!

No comments: