Orientation week and Kem Pimpin Siswa.

Ni hao! :D


Eceh hasil 3 minggu pergi kelas Mandarin. Itu je? Banyak lagilah siap dengan tulisan sekali okay. Penat practice tulis and hafal characters tu. Teringat zaman tadika kena masuk kelas Mandarin pastu menangis tak nak buat homework kena tulis character bebanyak lantas kak Leen jadi mangsa tolong buat homework. Teringat jugak penipuan yang tak boleh diterima oleh kanak-kanak ini iaitu mengaku dah terer bahasa Mandarin padahal...


So sihat ke awak awak dan awak? Bajet ramai yang membaca blog picisan ni... Tak kisahlah kan, janji I happy uolls :p Sebelum ni I kata nak cerita pasal orientasi and kem kan? Tetiba macam dah malas sebab dah 3 minggu selepas kejadian. Bukan cerita basi je tapi cerita basi berulat berkulat semua dah. Tapi sebab dah kata nak cerita kan, I cerita sepantas kilat okay!


Orientasi mula hari Sabtu (hari pendaftaran) sampai hari Khamis the next week. Basically, the orientation is as usual macam orientasi masa matriks jugak tapi tak ada sesi ragging, buli dan sebagainya. At first ada rasa macam "ugh depa ni tak reti nak sabaq ka, kami nak mandi, rehat sat pun tak buleh" but hello, ini minggu orientasi. Kalau nak waktu rehat sejam, waktu mandi sejam, alamatnya dua minggulah orientasi which won't happen in a million years. Banyak ceramah zzz well sebagai seorang yang sememangnya kaki tidur, I can't refrain myself from falling asleep during those talks. Dahlah balik bilik pukul 12/1 am, bangun pagi pukul 4.30 am, memang mengantuk je lah kan. Only a few got my attention sebab penceramahnya kelakar dan menarik.


And penutupnya adalah dinner hmm apa eh namanya tak ingatlah pulak, basically dinner untuk kitorang first year students ni lah pada Rabu malam Khamis tu. Food were good, performances were good anddd beg I hilang weh :O Macam ni cerita dia. Lepas makan semua, kitorang kena kemas meja and angkat pinggan mangkuk semua so the boys took over the table and chairs while the girls send the pinggan mangkuk to the side of the hall. Masa nak angkat mangkuk tu, I macam terfikir nak bawa beg sekali  ke tinggal and decided to leave it sekejap. Sekali jammed kat pintu keluar! Ramai kan. Lepas hantar, baliklah semula ke tempat meja makan tadi. Sekali, semuanya telah dikemaskan and there's no sign of my bag... :O Dengan muka kesian, cakap dengan kak Tean (PPSL), "kak, beg saya hilang T_T" Hahaha bangang tau tak. Rupa-rupanya beg dah dihantar kat depan, nasib baik dorang tak umumkan beg siapa hilang. Memang malulah okay nak mengaku masa tu hahaha.




Kem Pimpim Siswa pulak start hari Khamis tengahari sampai Sabtu. Kem ni wajib untuk semua pelajar tahun satu USM. Ada dua tempat, Kem Lata Belatan dengan Kem Sri Keluang, both at Terengganu. I pergi Kem Sri Kluang kat Jerteh. On a whole, I'd say that the camp was okay, certain activities were fun but some were not. Tapi kalau tak ada kem ni, tak merasalah jungle trekking dalam hujan dengan baju seluar semua lencun dan night walk. Walaupun I boleh dikira suka pergi kem tapi tak pernah lagi buat night walking. Tapi alhamdulillah sebab night walking ni kitorang jalan atas jalan raya je tapi gelap gelita sumpah kau tak nampak langsung jalan kecuali langit dan alhamdulillah lagi sekali bulan terang masa tu, tak ada lah takut sangat. Haha. Tapi memang berzikir all the way sampai jumpa geng yang lain :p Oh the worst part was they let us went to sleep at 12 am and woke us up at 2 am for the night walk. We came back to camp around 5.30 am and that was on the second day which we had to go for jungle trekking in the evening. Boleh bayang tak kitorang sleep deprived macam mana? Dari orientasi tak cukup tidur sambung pulak kem ni tak dapat tidur lagi o.O


Jungle trekking pulak, masa panggilan untuk berkumpul dekat tapak perhimpunan dah hujan sebenarnya. Once diberitahu kitorang nak pergi jungle trekking, terus hujan lebat weh. Bayangkan kau basah lencun dari hujung rambut sampai hujung kaki, topi sampai stokin siap air bertakung dalam kasut lagi. Okay bayangkan. We were all drenched wet. The only thing that I managed to save from getting wet was my nametag. Haha. Bendera amanah pun lencun sekali dalam poket seluar. Alhamdulillah jugak masa nak masuk hutan tu, hujan mula reda sikit. Bahaya okay sebab jalan dia curam sangat. Susah nak jumpa tempat landai. I yang berani ni pun risau sikit sebab takut kalau ada yang jatuh and I've always imagine semua orang akan jadi domino. Tak ke gila semua orang berguling ke bawah nanti? Haaa bayangkan sekarang. Tapi kan the view from the top is really breathtaking. Subhanallah, indah! Rasa macam nak terjun dari puncak sana terus masuk laut tau tak sebab laut dia lawaaaaa sangat. Seriously, nak pergi lagi pantai kat sana, memang cantik :')


Masa last day tu, kitorang tangkap gambar. Before that kena beratur ikut ketinggian tau. I memang kat hujung sekali LOL. If you guys know the song Ulat Bulu, we actually sang that song over there. Dan tak sangka tetiba kem komanden panggil I ke depan untuk lead lagu tu with vocal 'O'. Haaa gila! Nyanyi? Depan orang ramai?! Lead pulak tu?! T______T Nasiblah hafal lagu tu although confused sikit sebab sebelum ni belajar versi lain. Anyhow, I am so glad everything is over now :) Memang full swing habislah orientasi this time. Hebat. Sleep deprived sangat. Bayangkan masa tengah berdiri dalam barisan dekat tapak perhimpunan pun boleh terlelap. Masa tengah aerobik pun sama. Boleh bayangkan tak ni?! Haha. Itulah kisahnya. Oh dekat kem tak boleh pakai phone langsung, so kitorang satu bilik decided not to bring ours, cuma bawa IC je. Hence, no pictures at the camp. Satu sen pun tak ada masa tu. Kalaulah tertinggal dekat kem tu ke atau tengah jalan ke kan... Hahaha.


Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.