Kelantan!
Pejam celik pejam celik jalan lari jalan lari merungut bercakap merungut bercakap dah masuk minggu kedua dekat Kelantan. Woaaaaah! Sila tepuk tangan beramai-ramai. Walaupun minggu ni cuti 3 hari dan boleh balik, I tak balik pun tau. Mungkin balik November masa cuti mid-sem nanti. Tak pernah-pernah tak balik lama macam ni masa dekat Banting okay.
Kalau dah 3 minggu, mestilah banyak sangat nak cerita. Tersebut alkisah Raja Melewar eh tak tak. Kita buat slowly okay? Hehe. Kali ni nak cerita soal pre-universiti. Eceh perkataan I, pre-u okay. Hahaha. Minggu terakhir dekat rumah, I mengaku memang ada mood swing. Bukan sebab bulan penuh, bulan mengambang atau apa-apa yang berkaitan dengan bulan tapi sebab I dah kena pergi jauh daripada keluarga yang tercinta dan orang-orang yang disayangi dekat di hati. Uwww. Until one day that I can't bare the stress anymore, I actually cried my hearts out T_____T Haha. Baby betul kan tapi kau peduli apa :p
And then Thursday came. Kami patutnya bertolak pukul 6 pagi tapi menjadi I yang bernama Shahiela si menggelabah yang akan cuak dan paranoid takut tertinggal barang penting bila nak pergi somewhere far. Hahaha. So kami bertolak lebih kurang 6.20a.m. Sampai rumah Kak Leen dekat Klang pukul berapa entah, pergi breakfast yum yum roti canai yang lembut tapi mahal harganya lantas memulakan perjalanan ke Kelantan pukul 8 lebih.
Seriously I memang tak suka duduk dalam kereta lama-lama. Panas punggung tau tak. Tapi apakan daya, barang-barang banyak seperti nak pindah ke Ostolia (read : Australia). Haha. Sampai Kelantan pukul 7 lebih macam tu. Boleh kira tak berapa lama duduk dalam kereta? Okay tolaklah beberapa jam masa berhenti untuk makan dan pergi tandas. Still lama kan. Penat.
Secara jujurnya, kami rasa agak susah nak cari kedai makan kat sini. Mungkin kami yang tak tau cari kot entahlah. Malam tu kami makan pizza je. Haha. Esoknya hari Jumaat, kami pergi beli barang-barang yang tak ada. Boleh bayang tak, tadi I kata barang dah banyak macam nak pindah ke Ostolia, sekarang beli barang yang tak ada lagi? Haha. Memang banyak pun barang I. Itu pun masih kekurangan. Heh.
So pendaftaran hari Sabtu. Ini tulus ikhlas dari hati kecil I, masa sampai and nampak semua orang kan, terasa diri ni macam sangat kecil. Perghh dorang semua nampak hebat-hebat belaka. Ahh diri ini perlu berusaha keras, bisik hati kecilku. Eceh. But that's the real truth, surviving medical school won't be easy. It's either you pass or fail, you have to be determined to get to your goals.
Bilik memang kecil kalau nak dibandingkan dengan matriks dulu. Tapi tak patutlah kalau nak merungut banyak sangat, ini bukan rumah ye dak? Asalkan ada tempat tidur and belajar cukuplah :) Lepas angkat barang-barang masuk bilik, semua tolong kemas sikit and then we all bid goodbye. Eh they bid goodbye to me. ME. Haha. Luckily takde adegan emo-emo ataupun nangis-nangis. Hee. So that's it for now. Pasal orientasi and kem Pimpin Siswa, kita buka cerita next time okay. Till then! :)
Comments