Pengalaman dan pesanan.

Seperti yang telah dijanjikan (eh tak, tak I tak janji pun), post baru! Dah 6 hari semenjak I berhenti kerja. Berhenti kerja dekat stesen minyak tu tak bermakna sekarang ni menganggur ya. Sekarang sibuk berbisnes ecewah ;p


Sepanjang kerja 3 bulan ni terlalu banyak benda baru I belajar. Tak kiralah dari segi kehidupan ke, kemahiran ke, persahabatan ke, semua ada.


BANYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK SANGAT.


Okay you got it, right? Haha. Tapi I nak pesan kat uolls 3 perkara je. 3 perkara yang boleh mengubah persepsi orang terhadap diri anda. 3 perkara yang boleh menjadikan anda orang yang lebih baik. 3 perkara yang boleh membuatkan orang jatuh cinta dengan anda. Eh?! Mungkin.


1) Hormat
Ini perkara paling jelas, terang dan nyata I belajar sepanjang bekerja. Yeah I know, my parents taught me well since I was little to respect people who're older yadda yadda yadda... If that was what you thought, look! Tolonglah uolls, kita sebagai manusia kena hormat semua orang. I repeat, SEMUA orang. Tak kiralah yang tua yang muda yang miskin yang kaya, ya semua orang. Setiap orang di muka bumi ini berhak dihormati.


Contoh :

Ikut peraturan nak isi minyak kena bayar dulu. Instead of doing that, ada customer yang nak isi minyak (siap request full tank pulak tu) tapi malas nak berjalan ke kaunter untuk bayar dulu. Dah jadi masalah. Risiko tinggi tahu tak? Bukan nak bersangka buruk tapi syak tu mesti ada, kereta pulak tak nak kalah besau-besau je. Kalau ikutkan bos pun, kami tak boleh bagi customer isi minyak selagi tak bayar. Pengalaman I sendiri, ada lah seorang customer ni, dia bunyikan hon so that kitorang pandang dia. That's the first thing. I don't know about you guys but I consider honking without it's real purpose rude. Hon untuk panggil orang? Amboi. Then buat signal nak isi penuh. Amboi. So kami tanya kalau dia boleh dahulukan bayaran dulu. Dia marah. Masa tu kalau ikutkan hati, nak je tanya kot stesen minyak ni ayah dia punya kan -__-" Faham tak betapa sakitnya hati weolls? Okay, fine. Kami bagi. Lepastu dia masuk nak bayar, dia marah-marah. Nampak sangat pandang rendah. Mentaliti dia : kami kerja kat sana mesti tak berpelajaran. Pergh, I dari sabar pun boleh jadi tak sabar tau tak? Siap gertak nak complain dekat bos lagi. Nasiblah itu bukan stesen minyak papa, kalau tak I blacklist orang tu!


Contoh panjang gila kan? Nampak tak betapa pentingnya hormat di situ? Don't judge a book by it's cover. Janganlah berlagak sombong walaupun awak orang berada. Jangan nak kurang ajar sangat. Hari ni awak kaya, kalau tiba-tiba Tuhan tarik nikmat kekayaan tu jadikan awak papa kedana esoknya macam mana? Ingatlah semua yang kita ada di dunia ni pinjaman semata-mata. Jangan bongkak ya ;)




2) Berbudi bahasa
Kita semua tahu budi bahasa budaya kita ye dak? Ini toksah contoh panjang berjela macam perkara pertama tadi. Haha. Pernah tak masa korang dekat shopping complex ke, ada cleaner tengah mop lantai lepastu korang terpaksa pijak lantai yang basah tu? Korang ada minta maaf tak? Kalau ada, bagus! *claps* Kalau takde, sila insaf sekarang. I suka mop lantai kat tempat kerja tau. Mencabar sangat. Both physically and mentally. Physical sebab kena mop sambil mengipas. Haha. Mentally pulak dengan orang yang selamba je jalan, pijak lantai basah tu. Dahlah tak cakap apa-apa, muka kerek pulak tu! Okay, bengang tau tak? Tabiklah dekat orang yang minta maaf ataupun buat muka bersalah nak pijak lantai tu. It doesn't take much to say sorry, no? Sekarang ni sanggup ikut jalan jauh semata-mata tak nak pijak lantai basah sebab dah tahu perasaan makcik-makcik cleaner :)


3) Sabar
I mohon untuk semua orang latih diri untuk bersabar. Lagi-lagi sekarang bulan puasa kan? Ada certain orang yang sangat pemarah, tak boleh tunggu sekejap pun. Kita semua manusia, masing-masing buat silap. Sama jugak dengan kami ni. Kadang-kadang tu kalau tersalah set pam ataupun, salah set minyak, kami minta customer letak balik nozzle dekat tempat dia so that kami boleh set balik. Ada tu yang terus melenting sebab bagi dia melecehkan. Again,  it won't take much time. Bukan ke lagi lambat bila dia melenting? Hati pun sakit. It's our fault but again, can't you just be patient for a second? Tolonglah faham. Kadang-kadang tu customer yang salah bagitahu nombor pam, makanya huru-hara sekejap. Kalau semua boleh bersabar, kan lagi elok? Lagipun sabar kan separuh daripada iman :)




Cukuplah 3 perkara ni. Korang semua dah tahu sebenarnya, I cuma nak ingatkan uolls je sambil ingatkan diri sendiri. Semoga kita semua jadi orang yang lebih baik dan dan dan selamat berpuasa! :D

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.