The first official job.

Pada hari yang serba indah ini, saya dengan ini ingin membongkarkan satu rahsia. Rahsia yang telah membuatkan ramai yang sakit hati, kecil hati dan makan hati berulam jantung. Walaupun rahsia ini telah terbongkar sedikit sebanyak kepada beberapa pihak kerana orang yang tidak boleh menyimpan rahsia seperti 'kau tahulah kau siapa'. Walau bagaimanapun, inilah hari yang anda tunggu-tunggu selama ini.


Rahsia berkenaan bakal saya beritahu di penghujung post ini ya. EPPPP TAK PAYAH NAK SCROLL LAJU-LAJU KE BAWAH NAK TENGOK APA RAHSIANYA DULU. Bawa bersabar k? Bukannya dapat duit pun kalau tahu rahsia tu apa. Mari kita ikuti jelajah, Sebulan Mengerah Keringat.


Segalanya bermula dengan mengisi borang jawatan kosong dengan Nadia pada suatu hari Jumaat (kot). Disusuli dengan temuduga oleh bos pada keesokan harinya. Masa ni kena tunggu, nervous! Walaupun cuma interview kerja, kita kenalah jawab soalan dengan baik ye dak? I first kena panggil, interview tu dalam 30 minit.   Habis interview, Nadia bertambah cuak, "Apa yang dia tanya? Apesal kau lama sangat dekat dalam tu?!!" Hahaha.


Dengan sukacitanya temuduga berjaya! Pengembaraan bermula pada hari Isnin, shif pagi. Pagi tu serabut ingatkan dah lambat tapi Nadia lagi lambat. Cuak, call dia suruh datang cepat sikit. Jam dah pukul 7.00a.m. Niat nak datang awal on the first day untuk bagi good first impression tapi macam dah lambat dang. Dari luar nampak seorang pekerja je yang ada. Nadia yang malu-malu kucing memaksa I masuk dulu. Dia tak tahu I lagilah malu. I kan memang pemalu orangnya! Tapi dengan ingatan bahawa kami dah lambat, I made the first step in. Fuhyoo. Abang dekat counter tu pandang pelik. Haha. Tetiba I main terjah tanya nak buat apa sekarang. Macam perompak tanya macam mana nak merompak. Sungguh innocent kan? Hahaha. So abang tu pun tanya pekerja baru ya oh okay tulis nama dekat buku kedatangan dulu blablabla...


Cerita first day dah satu perenggan, kalau nak cerita sebulan 30 perenggan! Masa sangat mencemburui kita semua so kena pendekkan cerita terus ke hari ke 30. Hahaha. Okay tak tak. Ini sebenarnya kali pertama I kerja secara rasmi. Sebelum ni adalah juga tapi setakat tolong-tolong je. Best atau tidak? Despite of kena marah dengan customer, kena belajar bahasa asing, kena jaga adab all the time (smile and greet although ada tu yang gatal tak tentu pasal, mesra tetap kena mesra), bestlah kerja. At the very least pun, at the end of the month ada gaji. Haha :P Walaupun tak banyak tapi syukur alhamdulillah. Bukan tu je, dapat belajar macam-macam. Now I know how the place operates and things about it. And serving people isn't that easy. Kena please everyone who steps in, well rambut sama hitam, hati lain-lain kan? Eh macam tak berapa kena je and tak semua customer rambut hitam tapi faham-fahamlah. But on top of everything, I get to know new people! :)

...

..

.




Okay sekarang teka sendiri. :P

p.s. Ada juga yang kata I brutal even dah control seayu mungkin sejak hari pertama kerja lagi. Feel brutal dah sebati dengan jiwa barangkali.

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.