Monday, April 9, 2012

Assalamualaikum cinta.

Final exam is in less than a week time and I'm still at home enjoying life as if I'm on a holiday, relaxing and chilling like nobody's business. Seriously.


Sedar pun, dah tu kenapa tak study?



Biasalah kan. Walaupun tidak terkira silibus yang belum diulangkaji, diri ini masih tidak merasakan apa-apa. Rilek kemain lagi. Amboih.


Okay. Taklah, sebenarnya takut sebab banyak sangat kena study tapi tak tahu nak mula dari mana. Itulah jadi macamni. Baca bab depan, bab belakang menghantui diri. Konon macam bab-bab belakang lagi susah dan complicated padahal depan ke belakang ke tahap kesukarannya sama je. Kadang-kadang rasa macam nak mula dari tengah sebab bab-bab depan dah ulangkaji masa mid-sem dulu, takut pula kalau terlupa. Tetiba keluar soalan lepastu tak ingat jawapan dia padahal senang je. Menyesal tak sudah pula. Mengeruhkan lagi keadaan apabila keempat-empat subjek memerlukan perhatian dan kasih sayang yang sama. They all need to be treated equally with much love and care. Faham tak situasi sekarang?


Adakah anda melalui perkara yang sama seperti saya? Jika ya, marilah kita menangis bersama-sama. T_T


Hoi kemain lagi kau berdrama. Baiklah rakan-rakan. Berikutan dengan fenomena ini, saya mengambil inisiatif untuk menaikkan semangat yang kian luntur dengan meng-google inspirational quotes sebanyak mungkin malam semalam. Eheh :B




















Ada rasa terinspirasi tak? Tak banyak, sikit pun jadilah. Kepada pelajar matrikulasi yang membaca, semoga berjaya dalam PSPM 2! *ikat kain putih di kepala tanda bersedia untuk berjuang*


p.s. Siapa yang tak tengok cerita 7 Petala Cinta lagi, silalah berbuat demikian. Terharu tengok tadi. :')
p.s.s. Berkenaan dengan majlis makan beradab dan minggu terakhir kelas dan kuliah, I update lepas exam k!

2 comments:

afiqazizan said...

Goodluck ya untuk final exam nanti..:) Belum tengok lagi 7 petala cinta..wlaupun rasa teringin nak tengok.

Shahiela C said...

Thanks! Biar lambat, asalkan tengok :D