Ucapan Sikit.
Pagi semua. Kalau baca waktu tengahari, tengahari awak. Kalau petang, petang awak. Kalau malam, malam awak. Ok cukup.
Sebelum start cuti, ye ye ingatkan update blog hari-hari. Sampai sekarang, baru tiga entri kan. Mana Shahiela yang dulu? Yang kalau boleh update satu entri setiap satu jam? Yang kalau boleh update blog macam update Twitter? Ok itu melampau, cubit kang. Tapi tapi yang... ok korang paham.
Pejam celik pejam celik pejam celik pejam tak celik-celik eh yang itu jangan buat main. Sekejap je dah nak Raya. Hoorey hoorey! Sekejap je aku dah membazir masa seminggu tanpa buka buku. Percaya tak? Tolonglah jangan percaya, nampak sangat korang ni dah ada mindset yang aku pemalas kan? Padahal memang. -__-
Tadi lepas sahur terus buat homework. Tak boleh jadi dua minggu cuti memang cuti sakan. Teringat pulak dekat Miss Z. Dia sorang je yang suruh cuti puas-puas. Lecturer lain suruh ulangkaji sebab final exam lagi 6 minggu.
6 minggu. 6 weeks. 6 สัปดาห์.
Last sekali tu tulisan Thai *tiba-tiba. Dan ternyata aku memang ikut pesanan Miss Z berbanding berpuluh lecturer lain yang dah ingatkan bahawa final exam lagi 6 minggu. Dasar pemalas kuasa dua puluh enam. Dan 6 minggu lagi. 6 minggu. Perhatian kepada semua pelajar matriks. 6 minggu ye. Kang ada yang dapat nightmare malam ni.
Jadi memandangkan lagi 4 hari nak Raya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. Kalau ada yang terguris hati, kalau ada yang termakan hati, kalau ada yang tersakit hati, kalau ada yang terkecil hati, saya minta ampun dan maaf. Ya, saya tahu saya memang nakal (eh comel kan guna nakal instead of jahat HAHAHA), annoying dan gedik lagi muka tak berperasaan. Sorry k? Sorry sorry sorry sorry, naega naega naega meonjeo... Apa? Awak pun nak minta maaf? Takpe takpe, saya dah lama maafkan awak. Haha :P
Comments
Nak Duit Raya..