Sunday, May 8, 2011

Tema kasih sayang.

First thing first; Happy Mother's Day, Mama! Mama kitew sangat best. Takde mama lain yang boleh layan gila-gila, anak gedik dia ni hikhik :'> Thank you so much for all the sacrifices, love and care. Love you to bits, Ma ♥
Selamat Hari Ibu juga kepada semuaaaaaaaaa ibu-ibu angkat saya! Semua tau, semua :)



Harini tolong Mama untuk Sport's Day dekat tempat kerja dia. Budak-budak ni hadoi ponat den. Macam-macam perangai tau. Ada yang tetiba tak nak renggang dengan mak ayah lah, ada yang buat blur, ada yang cengeng dan macam-macam lagi. I tolong jaga sound system. Ecece macam terer tapi memang terer pun :P Nadia, cikgu-cikgu dengan I gelak-gelak je tengah-tengah budak-budak tu main game. Parents pun gelak jugak kot. Kucar-kacir, heboh. Hahahaha rasa macam nak sambung gelak sekarang. Okay dah diam. Kesimpulannya, sangat penat tau. Sangat. Penat. 




Semalam, I keluar makan lunch dengan kawan-kawan. Gojes betul semuanya, macam nak simpan dalam poket je sorang-sorang tau. Sepatutnya nak pergi McDonald's tapi tapiiiiii ramai orang. So kitorang pergi makan dekat Papparich. Yeayyy! Apesal excited? *bunyi cengkerik* Makan, gelak, makan, gelak then pergi Ice Room. Ramai juga yang first-timer, pastinya I salah seorang haha. Kesian sebab I order paling lambat so semua yang menarik minat I, 4 orang lain dah order dulu. Cheesecake tau dorang ni. Finally, order yang kacang tu. Apa entah nama dia tak ingat. Dekat sini, tangkap gambar SS banyak! Hohoho. Pekerja pun dah pandang-pandang. Macam tak biasa je tengok orang camwhore beramai-ramai.


By the way, gambar menu Ice Room yang ada doodle tu bukan I yang lukis okay. Jangan nak buat fitnah, itu dah memang ada. Banyak tau orang tu conteng, ada pangkah-pangkah lagi dekat menu tu. Mungkin orang tu susah nak buat choice ice-cream mana yang patut dia order so dia guna cara elimination.


Semangat kau buat analisis. -__-" Keputusan UPU pun dah keluar. Alhamdulillah sekali lagi, I dapat tawaran Diploma Sains, UiTM dekat kampus Kuala Pilah. Sekaran tengah fikir nak pilih yang mana. Dua-dua pun sayang. Kalau uols ada pendapat, bagilah okay :)


Akhir sekali, tahniah kepada semua yang dapat tawaran tak kiralah matriks/UPU/Form 6/IPTS! :) All the best untuk permulaan yang baru ni, study rajin-rajin ye. Sedihlah juga kan masing-masing nak masuk belajar tempat lain-lain. Sayang korang semua ♥ Jaga diri leklok and jangan abaikan makan minum, nanti jadi keding hewhewhew.


Okay dah habis. Thanks for reading!

No comments: