Allah Tak Kejam

Assalamualaikum


Haiiiii. Hari ni hari Sabtu. Kak Leen balik tadi. Lepastu dia ajak pergi beli barang-barang yang nak bawa pergi matriks. Yeayyy! Tetiba je pun dia ajak, tak plan pun. Mula-mula takdelah excited mana tapi lama-lama jadi excited. Hihi.


Shopping punya shopping, pilih punya pilih, ambil punya ambil... Penuhkan troli, penuhkan troli. Oh nampak skirt cantik jadi pergi try dekat fitting room. Suka. Terus keluar. Sambung shopping lagi. Ambil seluar kotak-kotak untuk pakai waktu tidur. Tengok T-shirt pulak. Comel, ambil 5 helai. Seronok youuu. Semua barang beli yang murah je.


Entah macam mana, tetiba teringat dekat phone. Oh shittt. Masa tu tengah pilih sliper jepun. Terus tinggal je kat situ, lari pergi fitting room. Terkejut. Tak cukup nafas berlari tadi. Terus jatuh terduduk. Air mata dah mula mengalir.


Okay lelebih pulak. Tipu je. Kita watlek *terikut-ikut Bulan dah. Hampa tu memang ada. Disappointed. Rasa nak lempang diri sendiri laju-laju. Minta phone Mama, dial nombor I.


"Sorry, please try later."


TIDAKKKKK! Jerit hati kecil. Confirm. Takkan dapat balik dah. Sigh. Terkilan sebab baru beli phone tu tau. Phone pertama beli sendiri tahu. Tahu? TAHU TAK, ORANG-YANG-AMBIL-PHONE-TU-SAMA-ADA-SENGAJA-ATAUPUN-TIDAK?! Scratch tak sengaja. Of course, sengaja.


Takpelah, saya halalkan. Walaupun ada niat jahat nak sumpah orang yang ambil tu tangan dia terbakar lepastu melecur macam kena asid then terlerai sampai ke lengan pada mulanya tapi I batalkan niat tak baik tu. Takpelah. Takpeeeee. Watlek kan? Dah tak ada rezeki. Nak kecoh-kecoh pun tak boleh, salah sendiri yang careless juga. Manalah tahu lepasni boleh dapat Blackberry ke? :P


Berbalik kepada tajuk entri ni, Allah memang tak kejam. Semua benda yang berlaku, ada hikmahnya. InsyaAllah. Btw, I harap orang yang ambil babyI tu, jagalah cekci C6 elok-elok. Sedihlah dah dapat phone free tapi tak tahu nak bersyukur. I dah ikhlas bagi ni, pasrah je. On a brighter note, I dah decide untuk masuk matriks. Siapa yang pergi matriks Selangor, bolehlah geng nanti ;)


Okay Pakcik and family baru sampai, nak pergi borak-borak. Dengan ini saya isytiharkan bahawa saya dah takde phone. Kita FB chat je dulu k. Thanks for reading!


p.s. Sebagai langkah berjaga-jaga, baca entri ni supaya tak menyesal di kemudian hari. Klik sini. I nak buat tadi sebenarnya tapi dah terlambat. So korang baca k!

Comments

jambancomel said…
phone ilang ek??aduhai
Atikah said…
I know for a fact you just got it, which makes this even suckier. Sorry to hear :(
najihahfara said…
singgah dtang dari SB :)
kalau berminat nak beli pashmina cantik2 jom ke blog CN :)

http://najihahfara.blogspot.com/2011/04/pashmina-limited-stock.html
HaNa Hani said…
pergh..tu la careless sgt
ilang trus..xpe..insyaAllah rezeki pasneyh bertimbun2..maybe trus dpt public phone..style!
Shahiela C said…
Hilang.

Hana ; Hahahah.

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.