Tuesday, April 26, 2011

Pesta buku di PWTC

Siapa kata I dah berhenti blogging sebab kecewa? Hahaha boleh blah. I am back! Kalau dah tak ada idea, baik jangan update blog sebab nanti jadi merapu. Yelah, I je yang merapu. -__-"


Sekarang ni nak share dengan uolls novel yang I baru baca. Hari Ahad lepas, I pergi pesta buku dekat PWTC dengan Nadia, Syera dan Atikah. Hah, pertama kali keluar dengan Atikah yang comel ni :] PWTC sesak dengan jutaan orang. Rasanya juta tapi entahlah tak kira pula.


Sebab ramai sangat oranglah, I cari novel ala kadar, ambil dua and tak ketinggalan majalah Dara.com yang sangat menarik itu lalu bergegas ke kaunter pembayaran. Hehe. Sekejap je dekat sana, masing-masing dah beli then keluar pergi makan dekat Pizza Hut, The Mall. Layanan teruk I bagi 1 bintang daripada 5. Menyampah betul, dah lah lapar. Bak kata Syera, at least hantar lah minuman dulu. Rasa macam nak terkam je orang dekat situ tau.


Atikah, Syera

ShahielaC, Cik Nadia



Lepas makan, kitorang pergi Jalan TAR. Sesat kot, tak payah cerita lah perjalanan kitorang nak cari bazar tu. Kalau dah pergi sana, mestilah borong banyak-banyak supaya terbalas kepenatan tersesat nak cari bazar tu. Sungguhlah kesian.


Masa nak balik, hujan. Bazar tu banjir tau. Kitorang habiskan shopping sambil sebelah tangan angkat seluar, sebelah tangan membelek barang haa gitu sekali. Itu pun sambil jalan pergi stesen LRT. Masuk je LRT, masing-masing dah penat. Rasa macam nak tinggalkan je beg semua, nak berlenggang balik tapi takkan lah nak tinggalkan. Haha.




Oh and finally, tadi I dah habis baca satu novel. Tajuknya, Jangan Bilang Benci oleh Muna Mahira. Cerita best tapi melarat meleret sikit sebab heroin tu benci hero lama sangat masa permulaan cerita. Bila dah sedar yang heroin suka hero, tak nak mengaku pula. Rasa nak lempang pun ada. Hero mestilah berciri jejaka idaman semua perempuan, lagi nak jual mahal. Kan dah kata, I memang akan emo bila baca novel Melayu camni. Tapi, kalau nak beli, berbaloilah untuk awak yang suka happy ending macam saya. :)


Esok nak mula baca Cinta 3 Suku pula, nanti I review lagi. Anyway, before I end this post, dengarlah lagu Bruno Mars ini.





Thanks for reading! :)


p.s. Friends yang suka membenci orang, baca novel atas tu okay. Hahaha.

3 comments:

Atikah said...

melarat = meleret? :P

Kudos for reading. Period.

sue. said...

hello my dear comellll....

<3,
susuepekat.

Shahiela C said...

Atikah ; OMG what was I thinking?! Hahaha thank you for pointing that out haha. Made a correction :P

sue. ; Hello cantik :) <3