Thursday, April 14, 2011

Diari Remaja Lepasan SPM

Hello everyone. I'm so sorry for not keeping in touch with you all for quite some time. Now, I nak update pasal kehidupan yang busy sangat ni show sana sini phone I tak berhenti ringing sampai P.A. i, Baby Jo pening dibuatnya. Jadi tak macam artis gedik perasan popular? Tahulah I memang expert bab ini.


Sebenarnya hari-hari I biasa je tak ada apa-apa yang menarik pun. Maklumlah remaja lepasan SPM. Orang kata, lepas SPM boleh buat apa-apa yang kita suka. Nak tidur 24/7 boleh, nak online sampai lebam pun boleh. So hari ini I nak cerita apa I buat hari-hari. Mari ikuti perjalanan kehidupan seharian saya. Zass.


--


6.30 a.m. - Bangun dan buat apa-apa yang patut. Pukul 7.30 pergi jogging dengan Nadia, kitorang dah ada lesen so pagi-pagi lagi dah bermegah-megahan drive kereta yang ada pelekat P. Sila menyampah sekarang. Lepas jogging tak sampai sejam, pergi Ayza untuk sarapan pagi dan menu harian adalah seperti roti telur, thosai, dan paper thosai. Motif jogging kurang sejam tadi terus ke longkang.


9.00 a.m. - Biasanya dah balik rumah. Bermalas-malasan di sofa sambil tengok TV cerita Chuggington dan Tamagotchi. Rancangan pukul 10.00 best dan panjang tajuknya so tak dapat dinyatakan di sini. Lagipun bukannya korang nak tahu pun kan? -__-"


Chuggington -,-


11.00 a.m. - Masuk dapur, godek peti sejuk, eenie meenie mini mo pilih sayur bertuah. Kemudian ambil pisau, papan pemotong, mangkuk dan dulang dan bawa ke ruang tamu. Sambil tengok TV, potong sayur bertuah yang dipilih tadi. Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang setengah jam.


11.30 a.m. - Bawa sayur bertuah yang telah dipotong tadi ke dapur dan mula memanaskan kuali dengan sedikit minyak. Setelah minyak panas, masukkan bawang putih dan bawang besar bla bla bla bagi resipi pulak kang bla bla bla.


12.00 p.m. - Oh hey, sekarang masa untuk apa? Ya betul, Wanita Hari Ini. Hoyeh hoyeh! Macam mak-mak pula kan tengok WHI tapi sebab tak ada cerita lain kita layankan je. Kalau topik menarik, tengok sampai habis. Kalau tak, tengok separuh je lepas tu naik atas online.


2.00 p.m. - Masa untuk makan tengahari bersama keluarga sambil tengok sinetron Sejuta Cinta Marshanda. Comelnya Marshanda pakai tudung omel omel. Aktor lelakinya ganteng deh semuanya.


Hi Marshanda, hi Baim, hi Ashraf :')


3.00 p.m. - Sorry I tak layan MariMar walaupun hero dan heroinnya sama cantik sama padan. Makanya terus naik atas dan sambung online.


5.00 p.m. - Kalau rajin, pergi mandi dan pakai baju tidur Dora. Okay tipu, baju tidur I ada gambar Spongebob :B Ada lagi satu gambar family cendawan omel! Lepastu turun bawah tengok TV drama cina Singapore pula.


6.00 p.m. - Tukar drama Singapore lain pula. Masih lagi tengok TV.


7.00 p.m. - Biasanya tengok drama Hong Kong tapi sekarang dah tukar cerita lain macam tak best jadi tak tahulah nak buat apa pula. Mungkin tengok slot Akasia. Sambil tengok TV, makan malam dengan family.


8.00 p.m. - Keluar jemur baju sambil dengar berita TV3. Kitorang memang jemur baju waktu malam. Entahlah kenapa jemur waktu malam.


9.00 p.m. - Online lagi ataupun tengok TV kalau ada cerita yang best.


10.00 p.m. - 12.00 a.m. - Gosok gigi, cuci muka dan selamat malam, dunia.


-- 


 Kehidupan seharian I macam bos kan? Memang I bos pun hiks. Uolls jangan ikut buat macam ni hari-hari tau. Thanks for reading, good day everyone!


p.s. Boring sangat dah sekarang ni. Nak keluar jalan-jalan poket berlubang. Hmm tak sabar sikit nak sambung belajar balik. Hihi.

5 comments:

thalia said...

pada mulanya xnak komen,tapi hati ni tergedik2 nak.(hehe alasan)

hidup ko sungguh motherly,tp xyah jogging la makcik kalo gitu caranya ko mencekik tiap2 pagi. =p

dalvin@dimas hensem kan kan kan...hikhikhik

afiqazizan said...

jogging tu bagus..yang lain2 tu kurang bgus aktivitinya..mcm tengok tv..cari la keje part time ya..nanti de duit lebih le gi shopping..haha.

Shahiela C said...

thalia ; Macam surirumah sepenuh masa kan? Hahaha :P

afiqazizan ; Hehehe dah tak sempat nak cari part time.

Cik Suheela said...

syoknyaa!
i rinduuu nak jadi remaja lepasan SPM balik huhuhu

Shahiela C said...

Syok ke? Maybe rindu lah lepasni haha :)