Thursday, April 7, 2011

Day 27 – What kind of person attracts you?

Let's go straight down to the points, shall we?




1) Pemurah. Orang yang suka senyum. Bila seseorang tu senyum dekat kita mesti rasa macam happy. Lagi-lagi kalau dia senyum seikhlas hati. Kalau dia ikhlas mesti boleh nampak. Bila dia ikhlas, kita pun happy. Lepastu kita pun senyum dekat orang lain. Senyum kan berjangkit. Orang lain pun happy.




2) Pemalu. Macam I. Eh eh orang lain lah. Hmm tak tahu lah kenapa tapi orang yang pemalu ni buatkan I jadi peramah. I kan pemalu jadi kalau jumpa orang yang pemalu, I akan rasa macam nak tegur dia. Korang ni, serius okay I memang pemalu orangnya.


3) Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Macam sesumpah. Sesumpah kan pandai tukar warna ikut keadaan. Tapi ini orang lah. Orang yang boleh 'masuk' dengan orang yang baru dikenali memang sangat disenangi.


 Kuku panjang tapi kemas dan bersih. Tak eeuww.


4) Bersih dan kemas. I kan suka kan tengok kan tangan orang especially kuku. Suka orang yang berkuku pendek dan bersih. Kalau panjang pun boleh tapi ala kadar please, janganlah panjang sangat lepastu hitam-hitam. Nooooo.


5) Berbudi bahasa. Orang yang berbudi bahasa memang bagus. Bila bercakap, tak jerit-jerit, tak kurang ajar. Bila buat sesuatu, tak melampau dan sopan-santun. Kan bagus macam ni? 5 bintang untuk orang yang ada point ini.


5 point cukup lah. Jom amalkan 5 perkara di atas supaya menjadi orang yang lebih cantik dan menarik. Bye uolls.

4 comments:

conbellydiobeterisme said...

sy tak potong kuku ,x leh masuk 5 point...erkk
-_-"

Shahiela C said...

Tolak 2.68 point.

thalia said...

ko pemalu??sama lah kita! aku kalo malu sampai sorok dalam baju mak aku.amacam

Shahiela C said...

Itu over.