Monday, April 4, 2011

Cuai

BOO!


Terkejut tak? Terkejut tak? Tak ke okay FINEEEEE.


Okay lawak lame. Pagi tadi pergi sekolah teman Nadia sebab dia nak ambil sijil PMR. Then dia kata boring dekat rumah so nak gi jalan-jalan kejap. Pergi Metro pusing-pusing masuk sana masuk sini. Oh anyway, tadi ada lelaki tu kan tinggi gila. Hai abang tinggi. Bajet macam dia baca hahaha. Then Nadia tanya dekat mana ada nasi ayam sedap, I cakap Tesco. Terus kitorang pergi Tesco, beli nasi ayam dengan nasi goreng cendawan and then balik.


Ini baru nak masuk cerita pasal cuai ni. Mama call suruh ambik kakak. So rush lah goreng sayur and tanak nasi. Dah pukul 12.45 p.m., WHI tengah segmen masak rupa-rupanya mama Hanis Zalikha jadi jemputan. Dah berdiri tepi pintu sambil pegang remote TV and kunci kereta tau. Hampeh betul lambat pulak kamera tu nak tunjuk Aunty Nani Rostam tu. Ada gaya macam kenalan rapat tak? Hahahaha kthxbai. Tunggu kejap at last dapat pun nampak muka dia hehe. Dah tu terus off TV, tangan kiri capai kunci rumah, tangan kanan kunci pintu dari dalam. Then terus tutup pintu. Lepastu nak buka pintu grill, tetiba I terus cakap, "WHATDEHECK?!".


Tengok-tengok kunci yang I capai tu ialah kunci bilik. Try tolak pintu tapi dah terkunci rapat, mana tak terkunci rapat, I terhempas pintu sebab nak cepat sangat. Waktu tengahari kan Kajang jammed. Terus call Mama bagitahu apa jadi, Mama gelak je. Ahhhhh rasa macam useless betul masa tu. Then call Papa, nasib baiklah dia boleh datang. Masa tu memang dah boleh experience jadi banduan sekejap. Bayangkanlah betapa bangangnya terkunci dekat situ. Kalau jiran nampak kan malu.


 Yang hijau tu car porch. Purple tu dalam rumah. Garis putus-putus tu pintu grill. Yang ada emoticon -__-" tu tempat I terkandas. Sadis kan? Oh ya, lukisan hodoh takpe asalkan korang faham situasi sebenar. Faham tak? Kalau tak faham jugak, abaikan je la. T_T


Sebenarnya,  ini bukan first time cuai bab kunci ni. Kunci rumah, kunci kereta, kunci tabung asalkan kunci, mesti pernah jadi camni. Korang tahu tak kunci tabung yang mana? Kan ada tabung yang macam tin tu yang ada mangga sekali. Selalu dapat hadiah tabung tu untuk birthday masa kecil. Kunci kan biasanya ada dua, satu buat spare I takut orang jumpa so I sorokkan. Kunci lagi satu I simpan. Tapi biasalah kan budak kecil selalu lupa benda-benda camni. Then bila kunci tu hilang, kunci spare yang I sorokkan tu pun lupa sorok dekat mana. Bajet macam duit berkepuk padahal duit syiling je banyak. Comel je kan? Cakaplah comel pleaseeeee.


Memang tak semenggah betul bila cuai benda-benda macam ni. Geram pun ada, lawak pun ada, malu pun ada. Tadi masa I terkunci tu, terbayang kalau lah ada kawan Mama datang ke. Lepastu I terkunci kat situ macam helpless tak boleh buat apa-apa. Sumpah malu bai. Tak pasal-pasal kena gelak. Moral of the story, tengok betul-betul sebelum ambil kunci T___T


p.s. Duduk dekat situ baru berapa minit dah berpeluh-peluh. Hmm, dekat cubicle penjara ada kipas tak?

4 comments:

fatin_dhira95 said...

sudah follow n faham situasi cuai tu :D
sudi la terjah blog sy ye ^^
http://fatenfuckinweirdsadlifesherenafter.blogspot.com/

farra said...

hahhaa..so funny!


http://farra-laiyin5606.blogspot.com/

amira azhari said...

lawak gila kot shahiela ...berhati-hati lah lain kali ye :)

Shahiela C said...

fatin_dhira95 ; Thank you :)

farra ; Kelakar kan hahaha.

amira azhari ; Haha tu lah. Okay!