Saturday, April 23, 2011

Aku manusia juga.

Aku tengah sedih sekarang. Parahlah juga effect orang tu bertunang dekat aku. Walaupun baru bertunang. Eh mestilah, walaupun hati kecil ni tak berapa nak merelakan tapi aku doakan mereka kahwin tau. Bukan macam korang, tak suka je, mesti nak doa yang buruk-buruk. Eh tak tak hahaha. Sedih pun boleh gelak lagi tapi tak ikhlas sangat lah.


Sebenarnya, kitorang tak ada hubungan apa-apa pun. Aku suka dia tapi dia tak tahu. Pandai aku sembunyikan perasaan kan? Aah aku memang terel bab sembunyi-sembunyi ni. Masa kecik dulu memang selalu main sorok-sorok tapi lepas ada orang kata jangan main sorok-sorok nanti kena sorok jin. Aku sentap lalu berhenti. Entahkan ya entah tak. Tapi kali ni aku sembunyikan perasaan je. Malas nak cakap banyak, ni haa yang bertunang hari ini.





Okay ni nak wish ni, semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin ya. Jangan lupa ajak saya datang majlis, kita kan sekampung. Eh eh korang takyah lah jealous I sekampung dengan dia. Nanti bila dah kahwin saya sambung wish lagi. Haha.


Siapa tak tahu lagi cerita ni, korang mesti tinggal dalam gua.

No comments: