Thursday, March 17, 2011

Susulan lari

HAIIIIIIIII SEMUA.

Semalam dah balik Kajang lepas lari hmm berapa hari eh hmm hmmmmmm... kirasendirilanaa. Lama gila tak balik Melaka finally balik jugak. Walaupun 3 hari je wuwuwuwu. Hari pertama pergi makan malam dekat... ARGHHHHH. Bukan, nama tempat tu bukan ARGHHHHH. Tapi ARGHHHHH lupa nama kedai tu. Dah lupa so lupakan. Oh! Untuk pertama kalinya lepas entah kali ke berapa i baca dekat blog orang lain, I dah minum teh 3 layer! Rasa dia macam... macam... air... macam air... teh. Mestilah teh takkan jus anggur. Sebenarnya takde special mana, cuma dia 3 layer. Makan nasi goreng ayam, so-so.


Hari kedua, jalan-jalan dekat Dataran Pahlawan. Melaka sekarang waktu tengahari sampai petang panasnya Tuhan je yang tahu T_T Tengok apa awak awak dan awak dah buat?! Pembakaran terbuka, penggunaan CFC tak terkawal lah ni! Tengok ni, tengok niiiii. Tetiba emo kan. Emo pun, jalan-jalan jugak. Beli barang sikit lepastu balik. Eh kat Melaka pun ada Coolblog so i belanja semua orang minum sebagai tanda terima kasih teman jalan-jalan. Jakun betul semua i kerahkan jalan laju-laju cari kedai warna pink nama Coolblog dalam masa 2 minit sebelum i tarik offer nak belanja.


Esoknya iaitu semalam balik Kajang. Babai Melaka :'( Sabtu and Ahad lepas balik PD. Hmmm takde buat apa-apa sangat. TV rosak so banyak bermalas-malasan dekat pangkin depan rumah. Angin sepoi-sepoi bahasa tak ada, panas je ada. Sabar, dalam kubur lagi panas kan?


Sebelum balik Kajang, singgah rumah Mak Long. The new born baby is there! :) Namanya Amir Azad. Dia kurus sangat memang tak berani nak pegang. Pelik pulak tengok kak Ain ada anak sekarang ni hikhik semoga jadi seorang mummy yang baik okay! :D


Entri meleret tanpa gambar macam biasa. Terima kasih kalau awak baca! Mwah sikit, girls only. Babai.

2 comments:

Namee Roslan said...

malacca makin maju tap saya dah 10 tahun x pergi! hahaha. bestnya kamu pergi melakaaaaaaa :)

http://nameeroslan.blogspot.com/2011/03/esok.html mai jmpt baca entry baroo :)

Shahiela C said...

Aah betul, dah banyak berubah skrg!