Friday, March 18, 2011

Nervous!

Tadi dapat call suruh pergi seminar persediaan untuk masuk IPT (?) dekat UKM. Tak sure sangat apa nama seminar sebab i memang selalu macam ni kalau orang asing call nak offer ke hape ke kan, I jadi blur memang kena cubit baru okay agaknya. Whatevs lah. Result SPM keluar minggu depan eh? HOHHH TAKUTNYA TAKUTNYA :O


Source ;


Lepas ni mulalah semua orang sibuk nak apply ni nak apply tu. I'm talking about scholarship yo. Siapa tak nak kan? Unless you anak orang kaya harta banyak okay dah jangan cakap lagi. So, kalau awak atas kapal sama (on the same boat) dengan i makanya perlu berebut dan buat sebaik mungkin untuk dapatkan biasiswa. Ya, mesti desperate dalam hal begini. Cakap pasal biasiswa mesti ingat temuduga. Cakap pasal temuduga mesti ingat nervous. Semua orang pun mesti nervous bila bab-bab interbiu ni jangan tipu.

Sebenarnya sekarang I tengah baca buku The Art of Public Speaking oleh Stephen E. Lucas. Kalau ada niat nak fuhyoo fuhyoo sebab I baca buku ni tak payah. Selalunya kalau kita nak bercakap depan orang ramai, mesti nervous walaupun depan kawan-kawan sendiri yang makan sama-sama, jalan sama-sama, buat homework sama-sama, cuci mata sama-sama. Nervous tetap nervous.


Nervousness ni normal. Semua orang pun nervous. Penting untuk kita buat persediaan awal-awal. Persediaan rapi dan betul boleh kurangkan stage fright sebanyak 75%. Fikir secara positif dapat tingkatkan keyakinan. Satu tanggapan negatif kena back up dengan 5 tanggapan positif. Then, visualize. Inilah masanya untuk berangan. Angan-angankan kita bercakap dengan yakin dan tenang, percakapan kita lancar lepastu dapat feedback yang baik. Masa ni, perasanlah diri kita bagus macam mana sekalipun tak ada orang nak kisah. Oh walaupun tangan menggeletar, jantung berdegup laju kalah bullet train, most nervousness is not visible. Jadi tak payah risau sangat orang tahu yang kita nervous. Akhir sekali, don't expect perfection. Orang yang terer dan ternama pun, kalau bagi speech, ada tersasul jugak.


Source ;


And here's a few tips to deal with nervousness before an interview/public speaking. Pergi capai pen dan kertas catat sekarang.
  1. Jaga kesihatan mental dan fizikal. Mesti cukup tidur selain cukup makan.
  2. Regangkan otot kaki atau genggam kedua-dua tangan lepastu lepaskan.
  3. Deep breathing - boleh kurangkan tension.
  4. Lebihkan usaha di bahagian pendahuluan untuk tarik perhatian orang.
  5. Make eye contact. Penting! Dari mata turun ke hati. Buat orang yakin dengan kita.
  6. Fokus pada komunikasi yang sedang berlaku, lupakan perasaan takut. Interviewer orang biasa jugak.

So good luck untuk interview! :D

2 comments:

Anonymous said...

sheila, betol3 xbley nak sebot lagi dah apa2 sebab terlalu setuju. (kalo cakap ngan fitri pon mcm public speaking jugak) zassss...... hehe

cain

Shahiela C said...

Kannn? Haha.