Friday, March 18, 2011

Day 25 – Who are you?

Hai nama saya Nur Shahiela Chao binti Ahmad Fikri Chao. Pada 2 Oktober 2011 akan datang, saya akan berumur 18 tahun. Hoyeh! Boleh kumpul duit pastu nanti minta alamat poskan hadiah okay *kenyit mata


Seorang yang pemarah. Seorang yang sensitif. Seorang yang happy go lucky. Seorang yang boleh mempunyai beberapa perasaan dalam satu masa. Seorang yang suka benda cantik. Seorang yang rasa benda buruk adalah unik.seorang yang suka gelak. Seorang yang suka duit. Seorang yang cuai. Seorang yang berhati-hati. Seorang yang takut nak kecilkan hati orang tapi cuai kan so kekadang terlepas. Seorang yang suka stalk orang cool. Seorang yang suka berkawan. Seorang yang pemalu. Seorang yang suka bercakap. Seorang yang suka makan banyak lepastu menyesal tak reti bersyukur dan bersederhana blergh. Seorang yang suka dengar lagu. Seorang yang suka menjerit. Seorang yang suka jalan-jalan. Seorang yang suka berbelanja. Seorang yang selalu pokai. Seorang yang pemalas. Seorang yang suka DIY. Seorang yang suka telefon orang guna telefon rumah sebab free so boleh membebel banyak-banyak terima kasih Pei Khim sebab layan saya membebel. Seorang yang tak suka berjanji. Seorang yang suka update blog sesuka hati tak tentu pasal. Suka dengar masalah orang lepastu jadikan iktibar tapi sorry leww saya tak reti nak bagi nasihat sangat. Suka hargai orang tapi selalu terlepas pandang. Seorang yang penyabar, kawan saya kata. Seorang yang berfikiran terbuka, kawan saya kata so betul kot sebab apa barang derr judge orang sebelum tahu sesuatu perkara tu dengan detailnya sekali kan? Seorang yang tak berapa confident. Seorang cepat moody. Seorang yang menyampah sangat dengan orang yang moody. Seorang yang suka pink. Seorang yang gedik tanpa niat.
  

Semuanya macam tak logik kan sekejap kata positif lepastu negatif. Oh well, saya manusia biasa yang jauh dari sempurna. Tsk tsk. Sedih? TAKKKK :D


2 comments:

conbellydiobeterisme said...

seorang yang berubah2 ,kejap ini kejap itu ,tapi dalam kepala fikir lain ,haha ,bebel

Shahiela C said...

Haa tu dia yang saya cari-cari. Tertinggal pulak ciri itu.