Monday, March 7, 2011

Day 17 – How you hope your future will be like.

Kali ni nak tulis jugak. Dah berapa banyak kali copy task Day 17, paste dekat title tapi fail nak buat entri. Sebenarnya dalam kepala dah ada plan ; study, work, get married, have babies, grow old together with that someone and say goodbye to the world.

Klise. Yelah, memang itu basic guide dalam hidup. Yang lain-lain buat penambah perisa untuk hidup dengan lebih baik, tak gitu kawan-kawan? Pertama, nak sambung belajar. Nak belajar sampai tahap mana? Itu serahkan pada takdir. Kalau ada orang masuk meminang, I terus hantar surat berhenti. Eh okay tak tak tipu. Maksud I tadi kalau ditakdirkan saya rajin untuk belajar sampai jadi propessor (Adam sebut profesor macam gitu), then belajarlah. Siapa tak nak belajar tinggi-tinggi, doakan ya.

Habis belajar, kerja pulak. Oh, mungkin nak belajar sambil bekerja. Wahh terer tak cita-cita i? Kalau tak ada cita-cita, macam mana nak berjaya? Cita-cita, angan-angan semua tu perlu okay. I nak kerja office. I nak jadi setiausaha sebab boleh sambut Hari Setiausaha setiap tahun. Selain itu dengan harapan dapat bos lelaki yang anti perempuan, ego tinggi kalah menara KL, suka bentak-bentak, marah-marah tapi entah macam mana dia boleh suka dekat I lepastu kokonon (perkataan Bejah :P) sebab I dia sanggup ubah perangai jadi seorang lelaki idaman malaya macam Remy Ishak/Fahrin Ahmad/Adi Putra/Awal Ashaari/Iqram Dinzly dalam drama. Seterusnya kahwin dengan bos and we all live happily ever after. Nah baldi, muntah sekarang.


Sukalah merepek macam ni, sorry lew kalau awak tak sukew. Kitew memang tak sengajew tertulis cerita dongeng tadi. Lupakan daripada bahagian setiausaha tadi. SESUKA HATI KAU SURUH LUPAKAN LEPAS PENAT ORANG BACA?! T_T

Okay, serious sekarang. Lepas kerja dalam 10-15 tahun, I nak jadi pensyarah. Takut bosan buat benda yang sama. Bab kahwin, anak dan lain-lain, lagi sekali serahkan pada takdir. Kalau tak usaha, mana nak dapat? Kita kena berusaha tapi jangan berharap sangat. Just go with the flowwww...oww...oww.

Of course, semua orang pun nak berjaya dalam hidup, I pun nak jugak. Tak perlu jadi isteri kepada orang kaya seperti Bill Gates, tak perlu jadi terkenal macam The Rock. Hidup biar simple tapi bermakna ;)




Ohai nama saya Shaa. Kthxbai.

2 comments:

amira azhari said...

betul2 just go the flowww...owww....owwww
I like what u say ;)

Shahiela C said...

Thank you!