Tuesday, March 22, 2011

AKU BENCI ROKOK

Khas kepada mereka yang tegar merokok, mereka yang belum menjadi perokok tegar dan mereka yang bercita-cita untuk menjadi perokok tegar. Hikhik. Ini entri kasih sayang tau jadi baca sampai habis.

1. Letak banner


2. Tajuk : AKU BENCI ROKOK dan linkkan ke entri ini ..
Banner dah terpampang, klik sini kalau nak share kasih sayang jugak.

3. Kenapa benci rokok?
Rokok membunuh. Rokok ni macam musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan tau. Awal-awal tu memanglah menenangkan, mengasyikkan dan.. dan.. pape je lah yang ini kena tanya orang yang merokok. Ini tak payah bagitahu pun takpe, dah jelas. Dekat TV ada, surat khabar ada, majalah ada, kotak rokok pun ada. Nak kata tak nampak, nampak tapi buat-buat tak nampak. Inilah yang orang kata takde penyakit, cari penyakit. Dah sihat bebenor letteww? Tolonglah.

Orang kata, merokok umpama membakar duit. Setuju 160 peratus! Cuba kira berapa banyak duit dah dibelanjakan untuk beli rokok setahun. Ce kira ce kira. Kalau pun dah kaya sangat, bagi sini duit tu. Ehem. Eh tak, dermakan ke kan lagi berfaedah. Dapat jugak pahala, insyaAllah. Tak pun, simpan je duit tu. Ini tak, baru tengah bulan dah pokai. Tolonglah.

Itu baru kepada diri sendiri. Merokok ni boleh kata macam sharing tau. Perokok adalah first smoker dan orang sekeliling yang terdedah kepada asap rokok adalah secondary smoker. Masalahnya sekarang, secondary smoker berisiko lebih tinggi untuk dapat penyakit. Ini yang eden tak gomar ni. Kalau merokok sorang-sorang takpe jugak, ini merokok depan muka orang lain. Makanya, sama-sama lah kita jauhi rokok. Tolonglah.

4. Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !
Kepada yang merokok, hentikan. Jangan khianat diri sendiri. Orang khianat kita nak marah, khianat diri sendiri tak apa pulak? Takde faedahnya pun der. Kalau nak mula merokok pula, tak payah gatal. Pergi beli chewing gum lagi bagus, at least boleh buat senaman mulut.


5. Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..
Kalau merokok sebab rasa macam cool, macho ataupun hebat, silalah berhenti dan kembali ke pangkal jalan. Takde maknanya. Boleh blah sekarang, pergi muhasabah diri ya lelaki kacak sekalian. Perempuan pula, memang sangat tak kenalah kalau merokok. Muka lawa halus mulus kulit putih gebu. Tengok-tengok tangan pegang rokok. Tolonglah.


Akhir kata, merokok membahayakan kesihatan. Janganlah merokok :'( Sekian, terima kasih.

3 comments:

Biela Yusoff.. said...

biela pon xsuka..asp rokok mmbuatkan biela xleh bernafas..

SiS NaD said...

SiS PuN BeNCi RoKoK... JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V

Lulu caldina said...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK