Saturday, February 19, 2011

Happy macam on cloud 9 lah!

Akhirnyaaaaaaaaaaaa, saya lulus!

Pagi tadi pergi buat ujian jalan raya untuk kali keduanya -__-" Malunya. Hahaha. Orang-orang kat sana macam kenal i je tau macam mana ni macam mana ni. Okay, overrrr. Takde lah. Walaupun tak habis lagi salahkan diri atas kegagalan lalu (-__-") tapi i gagahkan juga bangun pagi pergi buat ujian dengan muka cool.

Sampai je kat Broga tu, tiba-tiba macam cuak bila orang pandang-pandang. Rasa macam eee tahulah i datang untuk ulangan takyah lah pandang -__-" padahal bukannya mereka tahu pun, i je yang terasa. Ini lah kesan daripada kecuaian yang tak boleh dimaafkan. Eeee kalau diingatkan balik sebab i fail, malu siot.

Then datanglah pegawai-pegawai JPJ. Pegawai yang buat pendaftaran tu suara kuat, tak guna mic pun panggil nama. Tapi tak best sebab dia cakap, "Sesi 1, ULANGAN bahagian 3, jalan raya tolong ke depan!". Telan air liur lepastu redha pergi depan. Ramai lah jugak yang ulang *ayat penyedap hati.

Okay, so pegawai JPJ yang nilai pemanduan i perempuan. Orang kata kalau perempuan, kedekut markah. Takut. Drive macam biasa. Masa i dekat tempat malang (tempat yang i memandu secara bahaya tuu -__-"), tahap alert dan kesedaran minda 110% tau! Punyalah takut kesilapan lalu berulang lagi. Alhamdulillah, lepas. Lain-lain macam biasa, i bawa perlahan sangat. Biar lambat asal selamat dan lulus kan? Oh, benci betul dengan gear tau. Susah gila nak masuk gear 1, berapa kali tolak, tak masuk-masuk eeee. Apa-apa pun, i lulus. Haaa, tak semestinya pegawai JPJ perempuan kedekut markah tauuuu.


Tag first test. Nombor ni tak berapa nak bertuah. Cehh nak salahkan nombor.

Tag hari ni. No 14 yang bertuah. Hahaha boleh blah.


Jadi terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua mama dan papa sebab hantar adik pergi driving class! Although dah kena bayar extra untuk retest, thanks! Next, thank you driving instructor, sorry la I talk to myself a lot. Haha. And last but not least, thank you kawan-kawan semua bagi support! :')


Alahai, lupa pulak nak ambil gambar kenang-kenangan kat sana. Hahahah. Nanti suruh Nahda cantik ambil :P Sekarang tunggu lesen siap. So kepada pemandu-pemandu yang berhemah sekalian, see you on the road! Hihi.