Friday, February 11, 2011

Day 7 – Your dream wedding.

As-Salam, hello

Day 3 haritu pun terhegeh-hegeh nak buat, day 7 ni memang over. Cuba baca tajuk dia balik. Berkali-kali aku baca, takde apa-apa pun yang terlintas. Masa kecik-kecik dulu selalu lah berangan bila dah besar nak kahwin dengan putera raja macam Cinderella. Mesti nak naik kereta kuda, nak ada majlis besar-besaran satu negara kena datang (dah kata kahwin dengan putera raja kan). Tapi realitinya, Cinderella je boleh buat macam tu kau boleh teruskan berangan.

Bila dah besar sikit then boleh fikir benda yang logik sikit, dream wedding masih ada sikit-sikit macam Cinderella punya tapi lebih logik. Takyah tipu berangan nak buat majlis kat Maldives, tanggung semua perbelanjaan saudara-mara termasuk tiket kapal terbang dengan tempat penginapan sekali lengkap. Over sangat cita-citanya tau. Masa ni rasanya kahwin dengan Donald Trump baru boleh buat macam ni.

Now, back to reality. Okay, honestly, semua orang pun nak wedding yang simple but at the same time grand. Ayat bajet artis lah, selalu kan depa kata nak simple-simple je tapi... dari wedding planner, venue sampai baju pengantin, semuanya grand. Hikhik. Kalau ada duit takpe, buatlah wedding of the century pun takde siapa nak marah, hoho.

What I have in mind sekarang is nak buat majlis dekat kampung :) Basically, everything will be traditionally done especially for the food. Nak suasana meriah lagi-lagi bila orang kampung semua gotong-royong. Seronok! Sekarang ni ramai orang tempah je semua, wedding grand tapi tak... meriah. Kalau orang kampung bergotong-royong ni, majlis kecil pun jadi macam besar.

Masa Raya tahun lepas, Pakcik, Mama and I ada lah borak pasal ni. Then, entah macam mana datang pulak idea nak buat wedding macam orang zaman dulu. So perempuan pakai baju kurung dengan kain batik, lelaki pakai baju melayu dengan keris buatan haha. Kelakar sangat, gelak sampai lupa nak cover :P Dahlah rumah nak hias dengan pelepah pisang. Oh, tak lupa jugak cakap pun kena bahasa istana dulu-dulu. Well, kenalah ala-ala zaman kesultanan Melayu Melaka. Idea datang mencurah-curah haha :D

Kalau tak buat dekat rumah, then I'll go with a garden-theme wedding. Korang pun mesti tahu lah macam mana garden wedding kan, lebih kurang sama je semua. Colour theme would be pastel colours from light yellow to pale pink, sweet gituu. Hihi. Yang lain-lain tak payah cerita lah, bila nak kahwin betul-betul baru fikir. Haha :P Now, ni gambar-gambar yang I copy paste. Ini untuk garden-theme lah, kampung style tu korang bayangkan sendiri okay haha.

Picture from;

Picture from;

Picturefrom;

Picture from;

Picture from;

Picture from;

Okay dah bye. I'm only 18, if you forgot / don't know. Ini plan zaman remaja. Eleh macam uolls takde.

2 comments:

budakechik said...

ala, ingatkan ada gambar awak pakai kain batik. ;)

Shahiela C said...

Alamak, tunggu lah masa kahwin betul-betul nanti :P