Saturday, February 5, 2011

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

As-Salam, hello

Picture from;



Tak tahu nak cakap apa bila tengok tajuk hari ketiga ni. Speechless. Tak pernah terfikir pasal first date ni. Tapi sebab nak buat challenge ni, teruskan jugak. Sebelum tu, guna aku-kau untuk kurangkan kegelian bila bercerita nanti.


Nak mula dengan apa eh? Ini first date, so kalau boleh biar semuanya simple. Pernah dengar orang kata first date ini yang tentukan ada date-date yang seterusnya atau tak. Maknanya, first date tu macam interview untuk masuk Mentor. Kalau suara you unik macam Black, boleh jadi protege Mas Idayu. Kalau first date dengan aku, takyah susah-susah cari lagu Mas Idayu pastu practice gelek macam dia. Selamat jalan, romeo.

Picture from;

Untuk first date, cukuplah kalau keluar makan tengahari. Ya, tengahari. Tak nak malam. Aku ni memang suka cautious lebih terhadap orang lagi-lagi kalau namanya lelaki. Kalau first date kau ajak makan malam you and I only sebab berdua lebih baik cari orang lain. Cakaplah aku ni kekampungan ke hape ke, aku tak peduli. Kalau kreatif, makan tengahari pun boleh jadi sweet, candle light dinner tak main derrr, klise sangat.


First date tak perlu lama sangat. Lagi sekejap, lagi bagus. Tak nak keluar lama sangat, nanti boring. Kalau berborak pun, borak macam kawan. Tak nak geli-geli, "awak awakkkk, saya sayang awak. Awak sayang saya takkk?" TAK! Ha, ambik kau. Takde lah, kalau selalu sangat cakap love love ni nampak macam tak ikhlas. Borak macam biasa je, jangan terlalu serius.

Picture from;


Pakaian pun kena simple but adorable. Eh eh, adorable kena selalu. Ingat je, less is more. Pastikan dress up sedap mata memandang. Alahai, jadi diri sendiri, pakai apa yang selesa. Pakai baju kurung pun boleh, ayu gitu. Mana ada orang pakai baju kurung untuk first date kan? Hihi.



Apa lagi ye? Hadiah... Takyah jugak. Belanja makan sudah. Kalau nak juga, belikan gula-gula :B Hahaha. Comel kan, bagi gula-gula. Tak pun, energy bar macam Snickers. No flowers for the first date, please. Keep them for the upcoming dates.

Picture from;



Dahlah kot! Banyak dah terbongkar. Haha ;p Masa nak balik tu, jangan lupa cakap thanks. Tunjuk keikhlasan dan penghargaan sebab sudi keluar sama-sama. Bukannya susah pun, satu perkataan je. Tapi kalau malu sangat, cari pen dan kertas lepastu tulis a short message macam ni ;

Picture from;

Err, janganlah tulis "you're everything" macam over pulak. Tulis something short, nice and sweet. Jangan bagi baca masa tu, bagi excited sikit. Then akhir sekali, send a good night text message with a smiley. Simple kan? Sangat. Paling penting, jadilah diri sendiri. Inilah first date yang tak pernah dirancang, short and memorable. Harap-harap first date i lebih baik daripada ni, LOL.


Anyway, idea for the perfect first date Nur Fatin Nabila Zeeyan lagi teratur dan sweet memang perfect date idaman setiap perempuan. Kalau korang dah baca idea aku sampai habis, kena baca idea dia tau.


p.s. First date yang dikira berjaya adalah yang buat kedua-dua pihak gembira dan membawa kepada date yang seterusnya. Good luck, everybody! Eh ini idea of the perfect first date aku ke, tips untuk perfect first date? 

No comments: