Friday, January 14, 2011

Pretty, luscious lips

"OHEMGEE panasnyewww hari ni!"
"It was blazing hot earlier and it's raining now?!"


Hello, everyone. Welcome to Malaysia. *senyum mesra macam pemandu pelancong sambut pelancong kat airport.


Seperti yang kita tahu, cuaca kat Malaysia tak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Sekejap sejuk, sekejap redup. Sekejap redup, sekejap panas. Sekejap panas, sekejap sejuk. Okay, tahulah kan. Tak perlulah kau ulang sekejap panas, sekejap sejuk. Sekejap sejuk, sekejap panas. HAHAHAHAHA. Okay, menyampah.


So, dalam kesibukan menjalani akitiviti seharian dengan cuaca yang tak menentu ni, ramai orang selalu lupa minum air. Air yang dimaksudkan tak termasuk sup ya, tak kiralah sup ayam, bayam tumis air atau lauk makan tengahari. Sekarang jawab ya atau tak? Kalau I, jawapan yang dipilih ialah YA. T____T Awak sama dengan kitew? Sedih.


Ramai orang yang ada masalah bibir kering bila cuaca mengganas sekejap panas, sekejap sejuk ni. Bila rasa bibir kering, apa korang buat? A) Biar je. B) Minum air satu botol. C) Basahkan dengan air. D) Jilat. Awak pilih D?!! Samalah kita. Nangis.


Bila bibir dah kering lepastu dia merekah. Apa korang buat? Buat tak tahu ataupun kopek lapisan yang merekah tu? Pilihan yang kedua? KOPEK?!! Sama dengan kitew. Nangis lagi. Jadi akibat daripada perbuatan yang tak sepatutnya dilakukan tu, ambik kau bibir kering, merekah dan ugleeehh. Eeeeee. Menyesal sekarang! Hentikan perbuatan yang zalim tu! Tinggalkan tabiat lama, mulakan yang baru! Eh semangat you. Mesti.


Antara tabiat baru yang perlu kita praktikkan ialah minum air secukupnya. Bibir ni macam indicator sama ada kandungan air dalam badan kita cukup atau tidak. Bibir kering maknanya badan pun kering. Kering di sini tak bermaksud kurus tapi kurang air okaaay. Bagi yang gila kopi dan teh, kurangkan ya sebab kedua-duanya ada dehydrating effect. Bagi yang gila rokok pula, kurangkan juga. Lagi bagus dan afdhal kalau berhenti terus hikhik.


Kalau godek peti sejuk kat dapur lepastu jumpa madu, sapukan sikit kat bibir. Biarkan beberapa minit dan cuci. Madu bertindak sebagai moisturizer. Teruskan godek peti sejuk lagi, jumpa lemon kata "gotcha!", buat jus. Sebelum buang kulit dengan sisa lemon tu, sapu kat bibir sebab lemon ialah pencerah kulit semula jadi. Last but not least yang paling senang, pergi Watson, Guardian atau farmasi beli lip balm, jangan lupa cari yang ada SPF.


Setiap pagi, guna berus gigi dan berus lembut untuk buang sel kulit mati bibir. Berus dengan LEMBUT okay! Lepastu apply lip balm. Senang kan? Bila dah ada lip balm tu, janganlah malas nak guna. Sapu lip balm malas, make up sejam takpe! Jangan nak mengada okeh. Alasan terlupa bawa lip balm pun tak boleh diterima, make up set yang gedabak tu tak lupa pulak. A must have in every handbag. Or, purse. 


No comments: