Tips untuk hidup sihat dan ceria
Salam and hello!
Fuh fuh *sambil lap peluh. I baru balik dari gym buat workout dengan personal trainer untuk 2 jam. Maklumlah cuti-cuti ni, mudah leka dan lalai dalam menguruskan diet seharian lalu perlulah ke gym untuk menyingkirkan lemak yang berlebihan. Macam iklan shake to shape tu, nak body macam Amber Chia.
Perasan tak yang I suka cakap auta? Hahaha terang-terangan, I takkan pergi gym unless I ada banyak sangat duit which is.. well, one day. Okay now, now.. harini atau lebih tepat lagi lepas makan malam tadi, I buat chocolates. Boy, I love 'em. Memang suka sangat buat chocolate sebab kena buat dengan teliti dan kemas, barulah cantik macam yang buat kat kilang tuh. Tapi manusia macam I ni tak sempurna, so semakin teliti, semakin berhati-hati, tangan semakin menggigil (macam Parkinson je -____-"), chocolate pun takde lah cantik mana.
What you need : Melted chocolate compound and moulder. Add in almonds or raisins or hazelnuts or whatever you want.
Chocolates in the making. -___-"
Tadaaa! Bentuk chocolate berubah selepas dibekukan.
Chocolate. Obviously! Hahaha takde caption tak payah lah tulis, gedik.
Tapi (!) chocolate I sedap hahaha masuk bakul angkat sendiri, eh I serious okaaaay. Belum cuba belum tahu, nak try? Senang je, pergi kedai runcit ke, Tesco ke, Jusco ke then pergi bahagian yang ada banyak chocolate. Lepastu cari chocolate yang berjaket biru jenama Cadbury. Itulah chocolate yang saya buat menggunakan tangan sendiri. Haha, tak lerrrr tapi lebih kurang lah. Pfffffft, okay enough of self-praising hakhakhak.
Lepastu bila nak bekukan chocolate yang dah siap, ternampak tong biskut cheese. Tiba-tiba sebuah mentol yang bercahaya muncul atas kepala menandakan I dapat satu idea yang bernas. Apa lagi kau ni? -____-" Sabar, sabar tak habis lagi ni. So, dengan baki coklat yang tinggal, dengan semangatnya kita mula projek lain! Kita tengok gambar pulak sekarang.
Biskut keju ataupun nama glamor, Julie's cheese cracker.
Peek-a-boo! Keadaan mangsa dalam tong.
Cheese crackers + chocolate = Chocolate cheese cracker sandwish! Sebelum makan, baca doa dulu.
Okay yang ni biasa je. Semua orang pun pernah buat. Sebab I tengah tengok drama Boys Over Flower untuk kali ketiga, maka perlu I buat sesuatu untuk menunjukkan I peminat tegar drama tersebut.
Hello, we're the 12-horrible-messy-yet-cute brothers.
Hehehe. Okay, I tahu biskut ni tak sama macam chocolate yang Jan Di buat. Dah lah muka masam dan terseksa je semua, susah tau nak buat! Menggigil tangan I nak buat mulut tuh (Parkinson ke hape ni?!). Tapi ni pun adorable kan? Kan? KAN?! Please mengaku, peliiiiiiiissss.
What's good about chocolates? Okay, chocolate yang paling bagus ialah coklat gelap eh eh dark chocolate. Dari cerita pasal chocolate terus jadi warna you, I tak gheti translate2 ni semua. -___-" Sekarang tumpukan kepada dark chocolate ya. Chocolate ada flavanoids yang bertindak sebagai antioxidant untuk melambatkan proses penuaan. Chocolate juga bole merendahkan kadar kolesterol (sehingga 10%) dan tekanan darah tinggi. Selain rasa yang sedap, chocolate boleh mengatasi stress lalu pemakannya menjadi gembira. So, kalau stress tu, makanlah chocolate tapi dengan kadar yang berpatutan okay. Jangan balun semua lepastu tahap kesihatan merudum then nak saman I RM 1 juta claiming yang I cakap chocolate baik untuk kesihatan dekat blog.
That's all for today. Buh-bye everyone, have a chocolatey week. ;]
p.s. I takde penyakit Parkinson.
Comments