After SPM #2

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Nak sambung entri lepas yang kononnya tak sempat nak habis. Eh betul tak sempat, tak tipu. Hari Ahad yang lepas, I pergi kursus KPP dengan Syera dan Nadia. Pagi tu berkumpul, eh eh macam nampak Ambigai, memang dia pun. Hehe tambah geng ♥ Kursus tu 5 jam memang cukup lama untuk rasa bosan. Walaupun cikgu tu best, mungkin sebab dah berumur oleh itu lebih matang dan banyak pengalaman jadi pandai bergurau, 5 jam tetap 5 jam. Mengantuk zzz tapi lepas habis terus segar-bugar macam baru lepas tidur tengahari 5 jam.


Kemudian bertukar ke minggu yang lain, Isnin kembali dengan semangat yang baru. Inilah hari pertama mula kerja dengan kawan Mama. Semangat berkobar-kobar nak mulakan kerja sebab rasa macam advance sikit, "wah, lepasni dapat duit boleh shopping", walaupun gaji tak seberapa. Kerja kerani je, kena asingkan resit mengikut kategori, kira jumlah perbelanjaan runcit setiap bulan mulai dari tahun 2008 hingga 2010. Bunyi macam senang bukan? Mestilah tak senang! Kalau senang, tak perlu khidmat I dah. Nasib baik kerja ni untuk 4 hair sebab kalau sebulan, besar kemungkinan tak habislah kerja tu. 4 hari pun tak sempat siapkan semua tapi bersyukur sebab dah buat yang terbaik. :')
  






Kerja sampai hari Jumaat sebab hari Khamis I keluar dengan geng pergi Mid Valley. Suka tengok deco sempena Hari Krismas, meriah sangat! Mula-mula nak tengok Aku Tak Bodoh, tak tahulah kenapa beria-ia sangat nak tengok cerita tu. Akhirnya tengok Narnia ; The Voyage of The Dawn Treader tapi puas hati sebab best! Tiba-tiba suka King Caspian, cara dia pandang orang, jambang nipis dia dengan rambut dia yang wahh hotnyewwwww *rujuk gambar-gambar dekat atas. Edmund pun boleh tahan juga tapi bila tengok Prince Caspian terus terpaku walaupun tak ada penukul. Lepas jalan-jalan, balik rumah dengan komuter. Ini kali pertama bagi komuter lepas sebab ramai sangat, memang tak boleh masuk. Salahkan directory sebab buat orang pening. Okay, salahkan diri sendiri sekali sebab tak tahu sangat tengok directory. T___T


Harini pula, I pergi untuk ujian undang-undang. Nebesnya malam tadi, macam nak buat SPM padahal ujian berkomputer macam yang I selalu main kuiz matematik dan sains masa sekolah rendah dulu. Faham tak? Tak faham takpelah, buat-buat faham okeh tak penting sangat pun part tu XD Markah untuk lulus 42/50 dan I berjaya melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya dengan markah sebanyak 48/50!


Hehe, fuh fuhh lega siot. Sama markah dengan Syera dan Nadia. Yang lawak tu, Nadia kata lagi 2 soalan tu salah kot sebab tu tak dapat markah penuh. Bila bandingkan keputusan, I salah dekat Bahagian A & B, Nadia dengan Syera salah bahagian B & C. Tukar cakap soalan yang bahagian B tu salah. Lepastu, uncle yang bawa kami pergi tempat tu kumpul keputusan kami. Bila dia ambil je keputusan satu-satunya lelaki yang join kami, dia cakap aiyo. Kami yang penyibuk ni pun tanyalah kenapa. Tengok-tengok keputusan dia, 50/50. Kami semua terus fuhyooooo. Dahlah lelaki, malu bai. Lagi memalukan bila cakap 2 soalan salah. HAKHAKHAK XD


Tamatlah diari dua minggu I, tak ada la gempak mana pun. Okay, nak main game ni, bye!

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.