After SPM #1
HELLO PEOPLE OF THE EARTH!
Finally, yeah like F-I-N-A-L-L-Y..
SPM IS OVERRRRRRRRRRRR
yeah like O-V-E-R..
OVER!
Hehe okay menyampah kan? Faham. Ek eleh dah lepas bolehlah cakap, belum rasa bolehlah cakap. Takpe, takpe. Sebenarnya exam habis 9 Dis yang lepas tapi macam biasa I bermuhasabah diri sebab I rasa semua paper macam haram. Lagi-lagi dah mula tahun baru, jadi I dah kurangkan perbuatan-perbuatan yang membuang masa dan tak berpekdah ni. Eh apakah? Biar betul ni? Ni bukan blog Donald Trump tapi blog Shahiela C. Yang ado, kalau dah percaya kata-kata di atas, huahuahua BANG BANG BOOM! Macam takde je fine. -___-"
Takde maknanya I insap sampai gitu lagi. Tak, bukanlah jahat sangat tapi belum sampai masanya I tinggalkan dunia siber ni, hehe. Ekceli, hari kedua terakhir paper I, hujan. I degil, keras kepala, kepala batu nak online juga, tup tup ZAP! Hambik kau tripped and talian telefon rosak. Lepastu telefon boleh guna tapi Streamyx yang ado. Padan muka diri sendiri.
Selama I tak online ni, I dah buat banyak benda/kerja/perkara. Hari terakhir paper, Khamis, satu geng pergi Metropoint. Mula-mula nak main dekat arcade tapi terasa macam budak jahat pulak (geng nerd kan, gitulah jadinya), turunlah pergi makan memandangkan memang kelaparan didorong faktor stres. Makan donut seorang satu lepastu belasah aiskrim. Borak sekejap lepastu balik sebab dah pukul 6 (geng nerd kan, pukul 6 dah kira lambat).
Hari Jumaat pula ada jamuan kelas. Semua pakai T-shirt kelas haha macam cikgu tadika siot. Budak tadika tak layaklah sebab kena sedar diri semua godang-godang *ehem* teraso lobih plak den ni dek semua yang len kocik molek ja T_T Walaupun hati masing-masing tak rela adakan jamuan di tempat biasa seperti KFC dan Pizza Hut tapi akhirnya Pizza Hut jugak. Piza pun piza lah, asalkan gembira :')
Malamnya, I ada buat party kecil-kecilan. Geng dan kawan-kawan rapat je, tak boleh ajak ramai-ramai, bajet kecil. Tunggu I jadi Puan Sri, I jemput satu kampung ya! Kita ada BBQ, terima kasih kepada yang datang awal sebab tolong sediakan bahan-bahan semua. Kalau ada Datin atau Puan Sri nak cari menantu, masa itulah paling sesuai! Terserlah kewanitaan uols, serious I tak tipu. Pandai buat kerja dapur. ;] Tapi lepas main Twister, rosak habis HAHA. Pastinya, seronok malam tu, thanks to all who came! :) Syai dengan Mimi sleepover. Lepas habis berkemas dan mandi semua, lepak dekat ruang tamu tengok cerita Romantic Princess sampai tertidur.
Sebenarnya, ada banyak lagi nak cerita tapi kakak dah tunggu nak ambil alih T_T Gambar semua I hutang dulu. Lain kali I sambung. Bye! ♥
Comments