Friday, October 8, 2010

Short updates.

Hai awak, lama tak jumpa. Exam I belum habis jadi kesempatan waktu yang diberikan seperti ini mesti digunakan sebaik mungkin.Kali ni nak tulis banyak benda dalam satu post. Mari mula menulis!

Kita mulakan dengan perkara gembira dulu. Biar ceria dan bersemangat untuk teruskan menulis/menaip supaya awak seronok membaca. Paling tak pun, awak baca dengan perasaan yang tenang dan tak sakit hati ataupun benci lepas tu kata, "eh apa asyik blog cerita yang lame je ni?!". Hari Sabtu yang lepas, saya dah 17 tahun secara rasminya. Ya, boleh pergi kelas memandu dan dapat lesen dan memandu di lebuhraya dengan hebatnya. Ecehh :P Gitulah rasanya bila dah 17 tahun, tak sabar nak memandu kereta. Selain nak memandu, saya ada lagi satu permintaan. Saya harap hari-hari yang akan datang menjadi lebih indah di samping orang-orang kesayangan saya ♥ Dalam hati ada sekelumit rasa bangga sebab permintaan yang begitu ringkas, hihi. :>


Seterusnya, beralih kepada peperiksaan percubaan SPM. Rupa-rupanya dah 12 hari bertungkus-lumus bersengkang mata membaca buku. Okay, tak bersengkang mata pun. Tak kiralah, yang penting dah 12 hari. Fuhhh, penat you *lap peluh. Semua pun tahu persediaan tak cukup dan semua soalan mencabar, oleh itu tak perlu komen lagi tentang tahap kesukaran soalan ya.

SPM akan mula pada 23 November, lebih kurang 44 hari dan 2 jam dari sekarang. Masa dah suntuk, I tahu I tahu.


Ambil pen sekarang, cancel perkataan nothing dalam senarai to-do list. Jom ulangkaji, jom jom jom.

No comments: