Wednesday, September 1, 2010

Lima puluh tiga!

Saya tahu saya dah terlambat sehari tapi tak apalah sebab masih dalam mood merdeka/Malaysia/patriotik/kenegaraan selagi belum 16 September. Sebenarnya kita kena ada semangat tu hari-hari, mana boleh masa bulan Ogos dengan September je. Macam mana dengan bulan Februari, Mac, Jun dan yang paling penting Oktober?! Mesti bersemangat sentiasa, mesti bangga jadi anak Malaysia okaaay. *kenyit mata

Oleh sebab kelewatan saya buat post ni, saya memohon maaf ya bukannya saya berpura-pura semangat je tapi saya memang dah berniat nak dedikasikan post ni kepada semua warganegara Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang ke-53 semalam. Cuma masa terlalu mencemburui saya, semalam keluar sepanjang hari untuk persiapan Aidilfitri ♥. Bukan saya pentingkan raya je, saya masih sayangkan Malaysia juga ♥ ♥ (Dua bentuk hati untuk Malaysia).

Tersalah smiley. Maaf T____T

Tak kira apa pun, kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa, berbeza adat dan budaya. Tolak ansur penting untuk mengekalkan kemerdekaan negara. Jangan cepat melenting, marah, mengamuk tak tentu pasal sebab benda remeh macam daun pokok jiran sebelah gugur di halaman rumah kita. Lepastu, budi bahasa budaya kita, bila bercakap biar beralas, jangan suka cakap lepas. Semua orang dah pandai, tak perlu cakap lebih-lebih. Bye ♥ *senyum lebar sambil buat tangan tunjuk peace.

No comments: