Wednesday, September 15, 2010

The heart talks #1

Kalau semua orang macam aku, mesti dunia dah hancur. Aku selalu rasa yang nasib aku tak baik. Boleh dikatakan malang. Aku tahu tak baik fikir macam tu tapi nak buat macam mana, aku manusia. Manusia biasa yang jauh dari sempurna, aku pun ada perasaan.

Aku selalu cemburu tengok orang gembira. Orang yang ada adik-beradik ramai. Orang yang ada keluarga besar. Kalau ada masalah boleh cerita, gembira boleh kongsi. Seronok kan? Sekarang aku dah tahu perasaan anak tunggal. Memang tak seronok. The more, the merrier ; FAKTA.

Jujur aku katakan, aku bukanlah beriman sangat. Aku jarang sangat buat amalan-amalan sunat. Jahatnya kau, Sha. Tak semestinya, aku tahu lagi antara yang benar dengan yang tidak, yang hak dengan yang batil. Niat nak jadi orang yang beriman ada tapi.. entahlah, aku pun tak tahu. Pernah satu masa dulu, aku benci bila ada orang kata belum bersedia untuk betul-betul beriman kepada Allah. Sebenarnya aku salah. Banyak lagi perkara yang aku tak tahu, banyak sangat.

Siapa kata hidup ni senang? Siapa berani kata tak pernah sedih sepanjang dia hidup? Tak ada pun. Aku masih tertanya-tanya kenapa hidup aku tak sama seperti hidup orang lain. Kadang-kadang ada juga rasa nak jadi orang lain. Kalau ada kuasa yang boleh tukarkan hidup untuk seminggu, akulah orang pertama yang nak cuba. Bangangnya aku fikir macam ni. Tahu sangat kepala aku tengah serabut.

Aku pernah terfikir nak jadi doktor psikiatri. Aku nak cari sebab seseorang tu jadi gila. Aku nak tahu macam mana dan kenapa orang jadi gila. Mungkin tekanan perasaan yang melampau maka dia tak mampu nak selesaikan atau tangani stres tu. Itu sebab normal yang biasa kita dengar. Kalau macam tu, aku pun boleh jadi gila sebab aku rasa masalah aku banyak juga. Eh tunggu, aku waras lagi. Aku kata boleh jadi. Tak tak, aku tak nak jadi gila.

Jadi rasanya, semua orang kena pandai selesaikan masalah. Perasaan pun kena tahu kawal. Tak kiralah apa cara pun (mesti yang positif ya, MESTI). Aku selalunya menangis. Ya memanglah nampak lemah atau cengeng atau manja atau mengada-sikit-sikit-nangis-apa-kes-tak-brutal-habis-hilang-macho-kau. Kalau kau hebat sangat, boleh cuba makan makanan yang manis. TAPI kenalah beringat juga, jangan main hentam 5 bar coklat, 10 cawan aiskrim, 15 biji kek cawan. Bukan tambah masalah je tapi tambah penyakit sekali. Ha ambik kau. Lepastu boleh cuba tidur. Tidurlah lama-lama. Jangan tak bangun pulak, tak pasal-pasal orang ingat dah dotdotdot, lu pikir lah sendiri. Okay yang ni langkah terakhir tapi bersyarat. Hanya boleh digunakan oleh orang yang mempunyai lesen memandu ataupun pemandu, tak kisahlah pemandu bernama Pak Mat ke Pak Hisham ke atau yang bukan bergelar pak tetapi abang. Oh gatalnya. Kalau ada bolehlah pergi tempat yang menyenangkan. Boleh jadi pantai/hutan/taman/kampung/kota slash shopping complex. Pilihan terakhir hanya berkesan jika dompet tebal.

Sebenarnya blog panjang berjela ni sebab fikiran bercelaru tadi. Nak cerita pasal masalah tu tak bolehlah sebab masalah peribadi. Ingatkan nak menangis tadi tapi penatlah. Selalu sangat dah menangis. Kali ni cuba blog pula manalah tahu boleh mententeramkan jiwa dan ternyata ia berkesan! HOHOHO. Belum Christmas tak perlu buat gelak santa claus. Okay.

Terima kasih jika ada yang membaca. Saya sayang awak. ♥

1 comment:

Fikri Chao said...

Hai adik, hidup d atas dunia sdalah satu anugerah yg d beri dari Allah, nikmatilah apa yg ada d depan mata kita, Allah bersama dgn kita setiap saat, doa pada Allah, selain tu jgn lupa, mama dan pa sentiasa bersama mu, kalau ada apa2 masalah ke? gembira ke? pa sentiasa d sisi mu.

dari kawan pa