Wae o wah o wah o (nampak sangat tak tahu nak letak tajuk apa)

Mulai dari esok dah tak ada rondaan. Tak payah nak tanda list tugas setiap minggu. Lepastu tak ada kerja waktu pagi. Boleh datang pukul 7.29 a.m. tanpa perlu berkejar pergi tugas. Ada banyak masa terluang dari pukul 7.00 a.m., saat ditinggalkan Mama di pagar sekolah (ayat skema budak darjah satu) sampai 7.25 a.m. Tambah 15 minit masa untuk tunjukkan semangat setiakawan (kopi-mengopi buku masing-masing). Pn. Asmah dah tak boleh jumpa saya lagi pagi-pagi pukul 7.10 setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat. Cikgu-cikgu dah boleh berhadapan dengan saya tanpa rasa jengkel atau menyampah lepasni sebab saya dah tak bagi kertas relief. Pengawas dah tak payah cari saya lagi-lagi hari Jumaat terutamanya masa ada meeting untuk beli kelengkapan. Oh lepastu pengawas dah tak payah larikan diri daripada saya sebab takut saya minta bayar yuran (tapi tolonglah bayar yuran ya). Okay yang ini paling penting, tak ada lagi meeting hari Jumaat tu lepasni boleh terus pergi makan tengahari tanpa sebarang masalah.

Mulai dari esok juga dah tak boleh keluar kelas untuk membanteras jenayah ataupun menggeledah harta orang lain. Contohnya macam dalam cerita FBI mahupun Gerak Khas. Lepastu dah tak boleh buat muka berlagak masa rondaan sebab konon SAYA PENGUATKUASA DISIPLIN, DENGAR CAKAP SAYA. Hak-hak istimewa (sorry tak boleh bagitahu apa hak-hak tu, P & C) juga dah tak ada sebab bukan lagi seorang pengawas aktif. Nak buat muka serius dengan pandangan menembus hati dan jantung seseorang masa meeting pun tak boleh. Dan yang paling meninggalkan kesan ialah tak boleh keluar awal 10 minit (11 minit kalau dari makmal) untuk rehat. Lepasni kena duduk dalam kelas diam-diam dan tunggu bunyi loceng. 10 MINIT TU BANYAK BEZA OKAY.

Sekian. Boo-hoo.

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.