Senyum itu kelopak, ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya.



Bila aku kata benci, aku sayang sebenarnya. Ya betul sumpah tak tipu. Kalau tipu pun, bohong sunat je. Eh tak tak. Serius aku sayang kau.

Jadi lek lu der, ta pak lu. Ok hodohnya kau cakap ropa tu.

--

Hari ni kita bincang pasal senyum. Senyum sikit, senyummmmmmm. Alololo omel aw awak ni. Semua orang comel bila senyum tapi ada sesetengah orang tu, muka dia masam sepanjang masa. Okay tahulah awak nak nampak vogue tapi takkan nak buat muka vogue 24/7?


 Sepetnya mata.


Senyum adalah salah satu jenis sedekah ya kawan-kawan. Ini baru belajar tajuk sedekah waktu Pendidikan Islam tadi. Saja guna Pendidikan Islam instead of Agama. Macam budak-budak? Inilah rahsia awet muda. Cepat ikut kalau tak nak cepat tua. Ini nak cerita pasal senyum ke awet muda?! Okayy. Daripada apa yang ada dalam buku teks, rasanya senyum adalah sedekah yang paling senang dan sesuai untuk mereka yang pemurah mahupun sebaliknya (kedekut).

Seperti yang semua orang tauhu, kita memerlukan 17 otot muka je untuk senyum dan 43 untuk bermuka masam. Eh eh bermasam muka. Ada kajian mengatakan orang yang senyum kelihatan lebih ikhlas, menarik, pemarah peramah dan cekap. Jadi yang nak pergi interview tu, senyumlah sikit. SIKIT ya bukan yang meleret macam nak mengorat orang. Amboi. Lepastu untuk sesiapa yang tengah stres, senyum boleh mengurangkan  stres kerana ia menghasilkan seretonin yang mengawal tahap stres seseorang.

Pengkaji dan pengamal barat berpendapat bahawa apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Okay, tubuh badan kita bukannya tahu kita gembira atau tidak, jadi senyum sekarang walaupun tengah sedih. ;) Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit (!). Boleh save senaman 10 minit, ececeh.

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. Para pelajar sekalian, amalkan ketawa setiap kali selepas kelas ya. Bayangkan bila bunyi loceng, tiba-tiba semua orang gelak. Okayy, menakutkan.


OMG sho kewt! :D 



Senyum bukannya susah, sesen pun tak payah, dapat pahala pula tu. Senyumlah, senyumlah ohoi cik mek molek. Memang sengaja cakap ohoi bukan ahai sebab ohoi macam mesra sikit hehe. Fuh penat terangkan faedah senyum (dan ketawa). Mulai dari saat ini, ukirlah senyuman jangan chombonk-chombonk ya. Eeee geli eja sombong macam tu. Eh eh tengok perkataan lepas fuh tu, cewah.

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.