Friday, June 4, 2010

Mister P kumis tebal

Siapa suka makan potato chips? Saya saya saya! Haa semua saya hehe. Dulu masa kecil takdelah suka sangat. Tapi bila Kak Leen mula beli dan bawa balik potato chips tiga kali seminggu (eh macam ye ye je tiga kali seminggu tak boleh blah) lepas kolej, saya dah suka sangat makan potato chips. Obses dengan potato chips sampai tulis feveret food I potato chips dalam buku bio. Bukan buku Biology okay budak darjah 3 mana ada belajar Bio tapi buku biodata masa kecik-kecik dulu yang semua orang wajib ada walaupun tak ada pun dalam senarai buku sekolah. Lepas tu pas kat kawan-kawan satu kelas untuk tulis ciri-ciri bakal suami yang bakal dicintai sepenuh hati. Comel kan budak-budak. Innocent je :') Eh dah sampai mana ni? *sambil tepuk tangan dua kali untuk tarik perhatian*

Potato chips pilihan saya? Mestilah Mister Potato yang berkumis tebal tu! I nak bagitahu satu rahsia. Satu cukup tak boleh lebih-lebih. Saya dah suka dia sejak kecik, dari mata terus turun ke hati. Hensem kan kann? Yang paling penting, potato chips dia memang yang paling sedap! Sekarang ada yang baru. Tak tahu? Biar saya kenalkan.



Tadaaaaaaaa! The new Rice CRISPS. Ada 4 perisa seperti gambar di atas ; hot & spicy, original, sour cream & onion and fume grilled BBQ. Kita ketepikan soal sedap dulu, cakap mengenai kelebihan lain Rice CRISPS. Mai sini ceq nak habaq kat hangpa semua, tiada MSG tambahan dan pewarna tiruan. Tak cukup bagus lagi? Ha yang ini mesti puas hati punya, they are cholesterol & trans fat free! Siapa nak jaga badan, masih boleh makan Rice CRISPS sebab saya pun makan. Dah tu, Rice CRISPS ini extra tall ya, boleh makan sampai puas. Sedap hingga menjilat jari, tak perlu huraikan lagi. YES.


Sekarang silalah pergi mini market, supermarket, hypermarket yang berhampiran dan beli Rice CRISPS ya. Dan lagi seronok kalau anda seorang Nuffnangers, masuklah contest ni Munch, Review and Win with Rice Crisps by Mister Potato. The contest ends at 11.59 p.m., 6th of June. So hurry!




Okay dah, saya nak sambung makan Rice CRISPS, bye!

No comments: