First weekend
Kalau dah cuti sekolah, banyaklah jemputan untuk majlis perkahwinan. Tapi I ada satu je, okaylah daripada tak ada langsung duduk rumah makan tidur online tebalkan lapisan bawah kulit manjakan diri sampai jadi flabby. Okay, hari Ahad lepas kak Zehan kahwin. Tahniah ya, semoga bahagia hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya. Ini majlis resepsi pihak perempuan, jadi diadakan di rumah dekat Glenmarie Cove, Klang. Rumah mewah tak payah cakap, segala-galanya cantik. Eheh pengantin pun cantik sepadan bagai pinang dibelah dua. Tapi minta maaflah ya, gambar pengantinnya tak ada gara-gara ego aku yang tinggi menggunung tempoh hari. Menyesal siot. -,- Nanti I cuba curi gambar dari kak Zehan, ngeheh.
Ini bukan pengantin perempuan. Bukan sama sekali. Terlalu muda.
Hah! Ini lagi bukan. Pengantin perempuan bukan, pengapit pun bukan.
Lepas tuh balik kampung PD. Wuhooo, dapat peluk dan cium angsa nenek puas-puas. Tak mungkin haha tipu. I tak pernah dekat dengan angsa tu pun, okay adalah dekat tapi antara kami mesti ada pagar hehe. Tapi tak seronok sangat sebab tak sempat nak pergi pantai.
Siapa tahu buat folio Addmaths? Sila tolong jelaskan. Okay, buhbye.
--
Siapa tahu buat folio Addmaths? Sila tolong jelaskan. Okay, buhbye.
--
p.s. If you're interested in shawls, why don't you try visiting Be Mine for a while? Thanks! ;]
Comments