Kalau
♥
saya ada abang. Saya nak banyak tapi seorang pun cukuplah. Biar dia seorang je istimewa. Muka dia takdelah hensem sangat tapi sedap mata memandang. Kening lebat, macho ah kan wajib. Lepastu mestilah muka campur macam I. Bila senyum, gugur daun eh bukan, hatilah. Betul, tak tipu. Abang saya tinggi, lebih kurang 6 kaki. Dia ada six packs, selalu buat push-ups masa bangun pagi. Rambut dia macam budak laki nakal tak, tak dia bukan punk ataupun goth. Tak kisahlah but messy hair is the best (eh tetiba speaking).

Cakap soal pelajaran sekarang. Abang saya tak pandai. Pemalas pulak tu. Mungkin saya wakil dia kot, malas jugak eh tak gurau je saya rajin. Okay I tipuuuu lagi. Saya memang malas tapi sikit je tak, banyak. Stop! Berbalik kepada abang, dia biasa-biasa je. Dia tahu bezakan mana baik dan mana buruk, saya pun tahu. Abang borek, adik rintik bukan peribahasa ya jangan guna untuk jawab soalan BM masa SPM. Oh dan dia tahu main drum, anyway. Mesti hot kan? Sila cair sekarang.
Apa yang seronok ada abang macam ni? Senang, dia ada ramai peminat. Bila peminat datang ataupun cuba nasib nak ngorat I jadi P.A. Best gilak okay bila ada yang bersungguh-sungguh, dia gunakan cara pikat ahli keluarga. Mulalah ramai pulak orang nak berkawan dengan kita sebab nak tackle abang kita. Bunyi macam menjengkelkan tapi layaaaaaan. Dah orang buat baik, takkan nak menolak? Mesti macam-macam tawaran hebat. Paling seronok sekali, bila jalan sebelah semua orang pandang lepastu macam, "hensem weh siapa yang jalan dengan dia tu, OMG!", "OMG weh dia jalan dengan siapa tu hensem!". Eh, tak sama ke ayat-ayat tu? Tak, sebab satu mula dengan hensem weh dan berakhir dengan OMG, lagi satu mula dengan OMG weh dan berakhir dengan hensem. Lain kan?
Eh eh apesal abang I ni purr-fect sangat? I kata kalau saya ada abang. Dah, babai.
Comments